[VIDEO] Gelagat Tiara Berjaya Memancing Ikan, Curi Perhatian Netizen!-“Rezeki Betul Ko Ni Dik…”

16 hours ago 4

Gelagat anak kepada pelawak dan penyanyi, Achey iaitu Tiara mencuri perhatian netizen selepas bapanya itu memuatnaik satu video di media sosial.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Achey atau nama penuhnya Nasir Hamzah sempat merakamkan gelagat anaknya, Nur Tiara Zinnirah yang berjaya mendapat ikan yang besar ketika memancing di sebuah kolam ikan air masin.

“Okay tak tu?”-Kapsyen Tiara di TikTok

@tiaracandy_official

okey tak tu?😂 @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @anne_achey21

♬ suara asli – Della L nya dua – Della L nya dua

“Budak Kampung, Serba Boleh, Berseronok Dengan Zaman Kanak-Kanak..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat Tiara yang ‘tidak kumpau’ ketika memancing, malah ramai yang menyifatkan anak perempuan Achey yang serba boleh ini benar-benar menikmati zaman kanak-kanaknya itu.

“Rezeki betul ko ni dik. Buat apa semuanya jadi.”

“Kalau boleh tak nak Tiara membesar. Biar dia comel macam ni sampai bila-bila.”

“Tiara tolong jangan besar. Terus kecik comel macam ni 🥰.”

“Tiara pun tak kumpau tau, hebat laa.”

“Budak kampung, serba boleh. Berseronok dengan zaman kanak-kanak. Nikmatilah wahai anak. Semoga menjadi anak yang solehah dan menyenangi hati ayah dan ibu. Aamin.”

“Betul-betul enjoy hidup seorang budak yang bernama Tiara ni 😂.”

“Cik B version Tiara bertuahnya adik! Semoga jadi anak solehah ya jaga ibu ayah tau besar nanti.”

“Cerah masa depan Tiara 🥰. Pandai menyanyi, pandai meniaga, pandai memancing hehe lepasni buat tutorial masak lak Tiara macam KA.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |