Rekha Dikritik Selepas Kongsi Bagaimana Vinod Mehra Menciumnya Pada Hari Lahir

11 hours ago 5

Bagi yang tidak tahu, Rekha dan Vinod Mehra telah membintangi beberapa filem bersama seperti ‘Ghar’, ‘Sajaan Ki Saheli’, ‘Pyar Ki Jeet’ dan banyak lagi.

Disebutkan dalam biografi ‘The Untold Story’ milik Rekha, aktres itu dilaporkan berkenalan dengan Vinod selepas memutuskan hubungannya dengan aktor Jeetendra.

Foto – Bollywood Shaadis

Sekadar info, Rekha memberikan nama panggilan “Vin Vin” kepada Vinod. Mereka dikhabarkan sering memandu jauh daripada bandar dan turut dilihat makan malam di hotel Taj.

Foto – Pinterest / Instagram

Dalam salah satu temu bual dahulu, Rekha hampir sahaja mengesahkan khabar angin mengenai percintaannya dengan Vinod.

“Vinod mencium saya pada hari lahir saya tetapi hanya pada waktu pagi dan dalam privasi bilik tidur saya sahaja.”

Foto – IMDb

Mendengar kenyataannya itu, Rekha telah dikritik hebat oleh peminatnya dan juga media konservatif ketika itu. Mereka mengatakan Rekha tidak tahu menjaga kehormatannya sebagai wanita. Manakala Vinod pula mempertahankan aktres itu di tengah-tengah kritikan.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka akhirnya bertemu penghujung kerana ibu Vinod, Kamla Mehra telah menentang hubungan tersebut. Memetik beberapa laporan, Kamla tidak menganggap Rekha sebagai menantu ideal.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |