“Ku Kan Menuggu” Lagu Terbaru Yang Mempamerkan Sisi Versatil Iss Arffan

9 hours ago 10

Penyanyi dan komposer berbakat, Iss Arffan, kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbarunya bertajuk “Ku Kan Menunggu”.

Merupakan Single Ke-5

Lagu ini merupakan single kelima dalam kerjayanya dan memperlihatkan sisi versatil beliau apabila tampil dengan genre R&B, berbeza daripada kebiasaannya yang sinonim dengan irama balada.

Keunikan vokal dan kemampuan Iss dalam menyampaikan emosi terus menyerlah dalam karya terbarunya ini.

“Ku Kan Menunggu” mengisahkan dilema seorang lelaki yang mula menyedari perasaannya terhadap sahabat baiknya telah bertukar menjadi cinta.

Namun, dia terperangkap antara keinginan untuk meluahkan perasaan dan keperluan mempertahankan persahabatan yang telah lama terjalin.

Mengambarkan Perasaan Yang Pernah Dilalui

via MAP Music

Lagu ini menyentuh tema konflik emosi, harapan, dan realiti, menggambarkan perasaan yang mungkin pernah dilalui ramai, terutama dalam kalangan anak muda.

Melodi indah dan lirik penuh makna seperti “Ku kan menunggu bila memang ada waktunya, Kau tak bersama dia lagi” menjadikan lagu ini mudah dihayati oleh pelbagai lapisan pendengar.

Menurut Iss Arffan, lagu ini sangat peribadi kerana ia mencerminkan kesedihan dan cabaran dalam hubungan yang rumit, sesuatu yang pasti menyentuh hati mereka yang pernah berada dalam situasi serupa.

Berkembang Dengan Identiti Sendiri

via MAP Music

“Ku Kan Menunggu” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

Video muzik rasminya juga telah dilancarkan pada 18 April 2025 di saluran YouTube rasmi MPMUSIC.

Lagu ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan muzik Iss Arffan yang terus berkembang dengan identiti tersendiri.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |