[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-“Dah Macam Bunyi Ayam”

14 hours ago 6

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Selain Bunyi Ayam, Bunyi Macam Persatuan Pontianak Mengilai Hahahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @daynekarap88 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 493 ribu, tanda suka sebanyak 39 ribu dan sebanyak 572 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang mengajak kesemua peminatnya yang hadir untuk menyanyi bersamanya, namun hasil nyanyian mereka membuatkan ramai terhibur selepas mendengar.

@daynekarap88

Kerlasss tau bila @erniezakri ajar vokal, semua @ernienators_official perform lah ek 🔥 Nantikan full show di RTM #scat #erniezakri #ernienators #kubersuara

♬ original sound – Dayne Karap – Dayne Karap

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa nyanyian latar tersebut kedengaran seperti orang yang sedang lapar. Tambah mereka lagi, pelbagai bunyi yang lucu kedengaran apabila mereka mengikuti cara nyanyian Ernie Zakri itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |