Shahida Tidak Mahu Panjangkan Isu, Anggap Rebecca Sengaja Buka Ruang Kecaman Keluarga

9 hours ago 12

Sebelum ini pertelingkahan antara usahawan terkenal Datin Seri Nur Shahida dan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mencuri perhatian ramai apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan secara terbuka di media sosial.

Walaupun sudah mempunyai hubungan kekeluargaan antara mereka, perbalahan tersebut tetap berlarutan dan menjadi bualan netizen.

Tiada Keperluan

Menurut Shahida, tiada keperluan untuk beliau duduk berbincang dengan Rebecca bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Hal ini sekaligus menunjukkan pendirian tegasnya untuk tidak melanjutkan isu tersebut.

Malah bagi Shahida, lebih baik jika perkara ini tidak dipanjangkan kerana ia melibatkan maruah keluarga.

Shahida yang sebelum ini turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Rebecca yang memuat naik kenyataan berkaitan konflik mereka di media sosial.

Mengundang Kecaman Terhadap keluarga

via Instagram Shahida

Baginya, tindakan itu seolah-olah mengundang netizen untuk terus bercakap buruk tentang keluarganya.

Beliau merasakan perkara sedemikian sepatutnya diselesaikan secara tertutup, bukan dipertontonkan kepada umum.

Isu memuncak apabila Rebecca tampil dengan video mempertahankan dirinya daripada tuduhan kononnya cuba menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita, ibu mentua Shahida.

Nafi Tumpang Populariti

Rebecca turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam
video berkenaan dipercayai milik Shahida dan menggelarnya sebagai bodoh.

Sebagai respons, Shahida memuat naik hantaran balas dengan menceritakan kisah dan perjalanan hidupnya.

Malah beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menumpang kekayaan suami atau keluarga mentua dan  menegaskan antara yang menjadi kejayaannya hari ini adalah hasil usaha sendiri sejak dahulu lagi.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |