Babak Bersentuhan Cetus Reaksi Penonton, Noorkhiriah Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

10 hours ago 11

Baru-baru ini, babak bersentuhan secara berlapik antara pelakon Noorkhiriah dan Azhan Rani dalam drama “Seribu Tahun” telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Netizen Luah Pandangan Masing-Masing

via TikTok Norkhiriah

Ramai yang meluahkan pandangan mereka di media sosial, mempersoalkan batas pergaulan dalam lakonan, terutamanya membabitkan pelakon yang dikenali dengan imej berhijab.

Noorkhiriah, yang juga seorang pelakon senior dan dihormati, tidak melatah dengan teguran yang diterima.

Sebaliknya, beliau dengan rendah hati mengakui kesilapan tersebut dan menerima segala pandangan dengan hati terbuka.

Cuba Sedaya Upaya Menjaga Batas

Dalam satu video di TikTok, Noorkhiriah menjelaskan bahawa walaupun babak itu dilakukan secara berlapik, beliau tetap menyedari bahawa niat tidak menghalalkan cara.

Beliau turut menegaskan bahawa sepanjang kariernya, beliau sentiasa berusaha menjaga batas dalam lakonan.

Namun, dalam sesetengah situasi, beliau mengakui ada kekhilafan yang berlaku secara tidak disengajakan.

Beliau turut berkongsi bahawa dalam satu lagi babak akan datang, watak Nor yang kelihatan seperti didukung sebenarnya bukan dirinya yang melakonkan babak itu.

Menerima Teguran Dengan Terbuka

@nurshapie_

Replying to @sheeqah88 Nak Istiqomah & Jadi Lebih Baik Tak Semudah Mata Memandang..Doakan yer..Mkasih❤️

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Noorkhiriah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penonton yang memberi teguran dengan niat yang baik.

Katanya dengan rendah diri, setiap teguran itu menjadi peringatan untuk dirinya terus memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Segala yang buruk datang daripada saya, dan yang baik itu daripada Allah

Tindakan Noorkhiriah yang menerima teguran dengan tenang wajar dijadikan contoh, menunjukkan kematangan dan kesediaan untuk belajar daripada kesilapan dalam dunia hiburan yang penuh cabaran.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |