[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Angkat Call Scammer, Curi Perhatian Ramai!-“Selalu Sangat Dah”

18 hours ago 5

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Untunglah Scammer Dapat Cakap Personal Dengan Tokti Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kakakboom2 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 65 ribu, tanda suka sebanyak 1,480 dan sebanyak 118 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang melakukan live di aplikasi tiktok dan kemudian mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya itu.

@kakakboom2

Berani2 ye dia mau scam biduanita kesayangan kita. #scam #scammer #phonescam

♬ original sound – kakakboom2 – kakakboom2

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pastinya Tokti telah menerima panggilan sebegitu dengan jumlah yang banyak kerana mengetahui bahawa itu adalah scammer.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |