[VIDEO] Atikah Suhaime Kongsi Momen Bersalin, Ada Yang Persoal Fizikal & Suntikan Epidural Ketika Bersalin?

2 days ago 9

Umum mengetahui, pelakon Datin Atikah Suhaime baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada Sabtu lalu.

Melahirkan bayi perempuan, Atikah dan suami, Datuk Lokman Teh bersepakat menamakan bayi sulung mereka Lyla Mulan Teh.

Terkini, Atikah menerusi video di TikTok dilihat berkongsi momennya sebagai ibu buat kali pertama selain mengimbas kembali detik melahirkan Lyla Mulan dengan mengambil suntikan Epidural ketika proses bersalin.

“Tika bawa banyak baju baby. Nak tukar lah dari swaddle hospital ke swaddle sendiri. Tika sebenarnya nak induce sebab susah nak monitor pergerakan baby.

Asyik datang hospital sebab panik baby tak gerak. Tapi semua adalah false alarm. Last-last doktor Tika suggest induce. Tika rasa tak mentally prepared untuk lahirkan anak lebih awal.

Untuk elakkan trauma, Tika minta suntikan Epidural. Lahir pakai Epidural ni memang rasa sangat selesa. Tak koyak, doktor tak payah nak potong semua. Koyak pun sikit je. So kalau Mummy luar sana first time nak bersalin normal, for me, epidural sangat-sangat penting untuk elakkan trauma dan koyak.

Tak ada istilah ‘oh tak dapat lah nikmat beranak’. Tika dapat je, nikmat beranak tanpa stress Alhamdulillah. To mummies yang baru bersalin, Tika nak ucapkan good luck.”-kongsi Atikah Suhaime di TikTok

@atikahsuhaimeeee

Siapa first time mum kat sini? Samalah kiter 😅 #fyp #lylamulanteh #tiktokmalaysia #newmum #swaddle

♬ original sound – TikaMe – TikaMe

“Ramai Komen Pasal Perut…”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi segelintir netizen yang mempersoalkan fizikal Atikah serta pengambilan suntikan Epidural ketika bersalin.

“Tak payah la komen fizikal dia selepas bersalin. Jangan komen bersalin pakai epidural. Dengar sahaja dan bagi sokongan pada dia sebagai ibu baharu. Jangan condemn dia. Kesian pada dia. Hak dia nak bersalin epidural.”

“Ramai komen pasal perut, belum 24 jam beranak. Rahim belum kecut 😭. Bengkung pun dia belum pakai kenapa semua bagi tips untuk kempiskan perut 😭.”

“Husband dia kaya-raya, setakat nak kurus tu sekelip mata je. Kita yang tak berapa nak berharta ni, komen aje lah yang baik.”

“Cukup annoying ye kepada ibu-ibu yang bersalin ayat ‘saya bersalin tak ambik epidural pun’, ‘kenapa ambik epidural?’, bla bla bla. Apa masalahnya jika ambil ke tak?.”

“Tika elok turn off je la komen, jaga mental health penting sangat masa pantang, ramai sangat makcik bawangnya.”

Dia baru sahaja bersalin, netizen tidak seharusnya mempersoalkan fizikalnya itu. Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |