[FOTO] Tiada Siapa Tahu… Aamir Khan Akui Berjalan Bogel Dalam Adegan Ini Untuk Filem ‘PK’

8 hours ago 3

Murai rasa tak ramai yang tahu bahawa Aamir Khan sebenarnya pernah berlakon bogel dalam salah satu filemnya, iaitu filem ‘PK’. Tidak malu untuk berkongsi, Aamir berkongsi bagaimana dia berada dalam keadaan tersebut ketika menjalani penggambaran filem itu.

Dalam salah satu temu bualnya, Aamir berkata kejadian itu berlaku selepas pengarah Rajkumar Hirani menyakinkannya untuk memakai seluar pendek bagi melindungi perut.

Foto – The Health Site

Dengan hanya kru kecil di set penggambaran, adegan tembakan bermula dan dia hanya berlari keluar membawa radio sambil mengenakan seluar pendek. Tetapi malang tidak berbau, dia mengalami insiden dengan seluar pendeknya.

“Saya perlu berlari dalam adegan itu. Bila berjalan tak ada masalah, tapi bila berlari seluar pendek saya tercabut kerana ia diikat dengan pita. Saya menghadapi banyak kesukaran kerana adegan itu.”

Foto – All India Roundup / YouTube

Disebabkan oleh kesulitan berlari dengan seluar pendek yang tertanggal, Aamir akhirnya memutuskan untuk berlari dalam keadaan bogel. Walaupun ini kali pertamanya, dia sanggup lakukan demi adegan itu berjaya.

Foto – The Hooded Utilitarian

“Saya rasa pelik bila berbogel di set. Saya cemas dan malu. Tetapi pada masa itu saya hanya mahu bekerja. Apabila penggambaran gagal, saya beritahu Raj, “Ini tidak penting, apa masalahnya melihat saya berbogel, Yang penting, kita dapat adegan itu”.”

Membuang rasa malunya, Aamir mengatakan dia akhirnya berjaya mendapat adegan yang dimahukan olehnya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |