[VIDEO] “Setiap Malam Ridz Menangis & Down Teramat Sangat…”-Lufya Omar

11 hours ago 3

Pelakon, Lufya Omar menyifatkan sahabatnya yang merupakan usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Ridz Okumura bersama anak lelakinya, Sky Taizo Okumura mengalami masa-masa yang sukar selepas isteri kepada Ridz iaitu Akiko Okumura telah meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya pada akhir Februari lalu.

Lufya menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan Lufya yang sedang menenangkan anak lelaki sahabatnya itu yang masih berduka dengan kematian ibunya itu.

“Selepas 11 hari berlalunya masa Allahyarhamah Aisyah Ibrahim/ Akiko Okumura meninggal Sky dan Ridz Okumura,

saya sebagai sahabat melihat betapa susahnya mereka menerima takdir ini.”-kongsi Lufya di TikTok

“Hentikan Kata-Kata Negatif….”

Turut mendedahkan keadaan sahabatnya itu yang sentiasa menangis pada setiap malam, Lufya turut memohon kepada netizen untuk berhenti menyebarkan kata-kata negatif dan khabar angin palsu.

“Sahabat-sahabat sahaja yang tahu apa yang mereka hadapi, kesusahan dan kesengsaraan mereka. Setiap malam Ridz menangis dan down teramat sangat.

Please netizen, hentikan kata-kata negatif dan khabar angin. Doakan dari mencela.”-titip Lufya lagi

@lufyalaana

They both having a really hard time right now. Selepas 11 hari berlalunya masa Allahyarhamah Aisyah Ibrahim/Aikiko Okumura meninggalkan Sky dan @Ridzokumura saya sebagai sahabat melihat bertapa susahnya mereka menerima takdir ini. Sahabat-sahabat sahaja yang tahu apa yang mereka hadapi, kesusahan dan kesengsaraan mereka. Setiap malam Ridz menangis dan down teramat sangat. Pls netizen stop the negativity and rumors. Doakan dari mencela. Terima kaseh

♬ original sound – lufyalaana – lufyalaana

Sekadar info, pada 28 Februari lalu, Ketua Polis, Datuk Hussein Omar mengesahkan bahawa wanita warga Jepun yang dilaporkan terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah Akiko.

Kematian Akiko turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui setakat ini.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |