Apabila Salman Khan Bergaduh Teruk Dengan Jackie Shroff Kerana Wanita Ini…

6 hours ago 3

Katanya hubungan persabahatan antara Salman Khan dan Jackie Shroff mengalami keretakan pada penghujung tahun 1990-an dan punca di sebalik ketegangan itu tidak lain tidak bukan adalah Sangeeta Bijlani.

Persahabatan mereka menjadi retak apabila tersebarnya khabar angin yang mendakwa Jackie mempunyai hubungan sulit dengan Sangeeta ketika mereka berlakon bersama dalam filem ‘Izzat’ (1991.

Foto – NDTV / Times of India

Pada masa itu, Sangeeta merupakan kekasih Salman. Mendengar khabar angin tersebut, Salman telah menjadi berang dan tidak dapat bertenang mendengar spekulasi mengenai teman wanitanya dan kawan baiknya.

Foto – Britannica / Mens XP

Menurut beberapa laporan media, Salman menjadi sangat marah dan memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Jackie dalam mana-mana projek pada masa depan. Keadaan itu diburukkan lagi oleh orang dalam industri tertentu yang dilaporkan mencetuskan khabar angin ini.

Foto – Bollywood Hungama / India Today

Kemudian kedua-duanya telah bergaduh ketika berada di set penggambaran ‘Bandhan’ (1998). Pergaduhan mereka menjadi sangat teruk sehingga keadaan tidak terkawan.

Tetapi ianya berjaya diselamatkan apabila Sangeeta campur tangan. Dia berjaya meredakan keadaan dengan menyakinkan Salman bahawa khabar angin itu tidak berasas dan hanyalah gosip semata-mata.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |