[VIDEO] Peminat Mengamuk Selepas Ahli Nujum Ramal Kematian SRK & Salman Khan

1 day ago 4

Baru-baru ini nama dua aktor Bollywood iaitu Shah Rukh Khan (SRK) dan Salman Khan telah menjadi tajuk utama selepas seorang ahli nujum telah membuat ramalan mengejut tentang mereka.

Kebiasaannya ahli nujum hanya akan meramalkan tentang kerjaya, perkahwinan dan kejayaan seseorang, tetapi ahli nujum Sushil Kumaar Singh pula telah meramalkan kematian bintang-bintang Bollywood itu.

Foto – India Today

Semasa temu bual dengan Siddharth Kannan, ahli nujum bernama Sushil Kumaar Singh meramal dan menyatakan SRK akan menikmati masa yang baik, manakala Salman akan mengalami masa yang tidak baik untuk beberapa tahun mendatang termasuk 2025, 2026 dan 2027.

“Salman tidak lama lagi akan didiagnosis dengan penyakit yang sangat serius, yang tidak boleh dinamakan. Salman dan SRK akan meninggal dunia pada tahun yang sama. Kedua-duanya akan meninggalkan bumi ini di usia 67 tahun.”

Foto – India Today / Astrologer Sushil

Apabila ditanya sama ada Salman telah disahkan menghidap penyakit serius itu, Sushil Kumaar menyatakan aktor itu sudah pun menghidapinya.

“Ia (penyakit) sudah pun kelihatan di Kundali bahawa dia menghidapinya. Dalam hidupnya, penyakit ini akan berlaku kepadanya. Ia bukan penyakit yang boleh disembuhkan. Hari-hari terakhir Salman, penyakit itu akan menjadi sangat teruk.”

YouTube video

Mendengar ramalannya, peminat aktor-aktor ini menyatakan peraturan pertama untuk menjadi ahli nujum adalah tidak pernah memberitahu kematian seseorang. Manakala seorang lagi peminat menyatakan keraguan terhadap kesahihah dan kredibiliti Sushil Kumaar sebagai seorang ahli nujum.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |