Jackie Shroff dan Anil Kapoor adalah antara pelakon Bollywood yang paling ikonik. Terkenal dengan persembahan lakonan yang cemerlang, kedua-duanya telah memperoleh banyak pujian daripada peminat.
Melihat dedikasi dalam karier mereka, Jackie dan Anil sanggup lakukan apa sahaja untuk tonjolkan kesempurnaan dan kadang-kadang menolak sempadan yang ditanggung oleh pelakon demi nampak realistik.

Salah satu contoh adalah ketika penggambaran filem ‘Parinda’ (1989), apabila Jackie mendedahkan anekdot di sebalik tabir yang mengejutkan; di mana dia terpaksa menampar Anil sebanyak 17 kali untuk satu adegan.
“Anil ingin menyatakan bahawa abangnya telah menamparnya. Adegan pertama diterima oleh pengarah, dan dia juga mendapat ekspresi yang betul. Tetapi Anil berkata dia mahu lakukannya lagi untuk puas hati dengan ekspresinya. Akhirnya saya menamparnya sebanyak 17 kali untuk adegan itu.”

Mengimbas kembali detik sengit itu, Jackie menjelaskan dia tidak boleh memalsukan tamparan itu kerana ia boleh menjejaskan keaslian adegan itu.
“Saya tak boleh pura-pura seolah-olah saya menamparnya. Saya terpaksa menamparnya kerana seseorang tidak akan mendapat reaksinya jika awak menamparnya dengan realistik.”
Kalau 17 kali tamparan, confirm rasa berdengung kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.