Dituduh Ped*filia, Kim Soo Hyun Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Kim Sae Ron

1 day ago 5

Selepas hampir sebulan kematian aktres Kim Sae Ron, pelbagai khabar angin telah muncul tanpa henti. Dan yang paling banyak dibicarakan adalah khabar angin mengenai keluarga mendiang mendakwa Sae Ron menjalinkan hubungan dengan aktor popular Kim Soo Hyun sejak usianya 15 tahun selama enam tahun.

Mendapat perhatian ramai, agensi Soo Hyun, Gold Medalist, telah menyatakan khabar angin yang dibuat oleh akaun YouTube, ‘Garosero Research Institute’ (Gaseyeon), itu adalah “maklumat palsu” dan menafikan hubungan tersebut.

YouTube video

Saluran YouTube itu telah menyiarkan kandungan tersebut, mendedahkan dia hanya menyampaikan tuntutan daripada keluarga mendiang iaitu ibu saudara Sae Ron.

Dalam kandungan Gaseyeon itu, Kim Soo Hyun didakwa telah melakukan beberapa perkara terhadap Kim Sae Ron seperti:

Foto – Reddit
  • Soo Hyun telah bersubahat dengan beberapa YouTuber untuk membuli mendiang dan mendakwa ketika Sae Ron di bawah umur, dia mempunyai hubungan dengan aktor itu.
  • Soo Hyun dituduh telah meminjamkan sejumlah besar wang kepada Sae Ron, memberikan kerja tanpa pampasan di agensinya dan kemudian memutuskan hubungan dengan Sae Ron sambil meminta dia membayar semula jumlah wang dipinjamkan.

Agensi Soo Hyun menegaskan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuntutan yang berniat jahat tersebut. Manakala warganet Korea dan peminat pula menggesa pihak berkenaan untuk mengenakan tindakan terhadap semua pihak yang terlibat.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |