Pelakon, Datin Intan Najuwa sebelum ini pernah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial selepas berkongsi Q&A mengena dirinya yang mempunyai tiga orang pembantu yang menguruskan bayi sulungnya, Imane Lunara.
Intan menerusi hantaran di Thread, menjelaskan bahawa dia hanyalah berkongsi momen mengenai apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya itu.
Malah, pelakon ini turut mengajak para ibu untuk menyayangi apa yang dimiliki tanpa membanding-banding dengan orang lain.
“Guys, jangan marah-marah okay. Saya share pasal babysitter tu sebab saya buat Q&A. Juga, ia adalah perkara kecil yang saya mahu ambil momen untuk menghargai apa suami saya lakukan kepada saya.
Bila kita berkata yang baik-baik, InsyaAllah kita tenang. Itu la apa saya amalkan selama ni. Mari bersikap baik terhadap satu sama lain.
Ayuh enjoy menjadi ibu dan hargai suami kita tidak kira apa, sayangi apa yang anda miliki sekarang, tanpa membanding. Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu.”-tulis Intan Najuwa di Thread
“Cuba La Amalkan Sifat Bila Tengok Kebahagiaan Orang Lain, Kita Pun Rasa Bahagia…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, serta ramai yang memohon agar netizen lain untuk tidak merasa iri hati dan cemburu dengan kesenangan pelakon ini.
“Suaminya memang mampu. Tak perlulah ada rasa iri hati dan cemburu. Memang sudah rezeki Datin Intan dan baby Imane Lunara punya suami dan dapat daddy yang mampu beri kemewahan dan kesenangan hidup. Alhamdulillah, kita bersyukur dengan apa yang kita ada. InsyaAllah, rezeki, nasib, dan tuah hidup setiap orang itu memang tidak sama.
“Kami tumpang bahagia. Lagi seronok ada laa. Anak confirm jadi happy kid sebab mak nya tak stress.”
“Cuba la amalkan sifat bila tengok kebahagiaan orang lain, kita pun rasa bahagia jugak. Ini tidak. Tengok orang share kebahagiaan dan-dan tu nak kata show off la, itu lah ini lah. Padan lah hidup pun tak bahagia. Kalau kita happy tengok orang bahagia InsyaAllah kita pun akan bahagia jugak.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.