Pernahkah anda lihat sate dengan saiz yang lebih panjang? Kalau belum, anda wajib singgah ke Courtyard By Marriott Melaka! Hotel yang baru beroperasi dua tahun ini telah mencuri perhatian ramai dengan satu hidangan unik—Sate Sekaki!

Apa yang menarik tentang Sate Sekaki ni? Selain saiznya yang luar biasa, sate ini juga terdiri daripada pilihan daging dan ayam yang diperap sempurna sebelum dibakar dengan aroma menggoda. Rasanya? Memang padu! Tak hairanlah ramai pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata nak menikmati juadah istimewa ini.
Lebih menarik, Sate Sekaki hanyalah salah satu daripada 100 jenis hidangan yang boleh dinikmati di Singgah Selera Buffet sempena Ramadan. Dengan pilihan juadah tradisional dan moden, pengalaman berbuka di sini memang berbaloi.
Lokasi hotel ini juga sangat strategik, berdekatan dengan Kampung Morten yang terkenal dengan keunikan rumah tradisional Melaka. Nak ke tengah bandar pun mudah, jadi memang lokasi terbaik untuk berbuka puasa sambil jalan-jalan cari makan!
Singgah Selera Buffet di Courtyard By Marriott Melaka berlangsung dari 4 hingga 29 Mac 2025. Harga yang ditawarkan ialah RM168 bersih untuk dewasa dan RM90 bersih untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Lebih Dari Sekadar Penginapan
Selain berbuka di sini, menginap di hotel ini cukup memberi pengalaman yang lain daripada yang lain. Selain bilik yang luas, kemas dan mesra keluarga, layanan staf di sini cukup baik. Bayangkan setiap bilik anda mempunyai pembantu peribadi sendiri untuk dihubungi jika ada masalah di dalam kamar.
Kalau malas nak bawa kereta untuk ke shopping mall, hotel menyediakan shuttle van mengikut waktu tertentu.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, anda boleh menghubungi Courtyard Cafe di +6 06 221 2288 atau e-mel ke [email protected]. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Sate Sekaki dan pelbagai hidangan lazat di sini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.