Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Inisiatif ini bertujuan memperkasa kualiti pendidikan tahfiz dan memberi pengiktirafan rasmi kepada para huffaz serta institusi tahfiz di seluruh negara.
Galakan Kepada Institusi Cemerlang
Sebagai insentif kepada kecemerlangan, 10 institusi tahfiz terbaik berdasarkan kriteria SPTM akan menerima RM50,000 setiap satu.
“Bukan sekadar angka atau wang ringgit, tapi suntikan motivasi supaya institusi tahfiz terus mempertingkatkan kualiti dan tadbir urus, serta muncul sebagai model terbaik di Malaysia,” jelas Ahmad Zahid ketika merasmikan Majlis Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara “Warisan Qurani, Membina Generasi Rabbani” di Masjid Tuminah Hamidi lalu.
Via Radio Televisyen Malaysia (RTM)DPTN 2.0 Perkukuh Pendidikan Tahfiz
Dalam perkembangan sama, beliau berkata ekosistem pendidikan tahfiz terus diperkukuh di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) melalui penyelarasan dasar, standard dan tadbir urus yang lebih jelas.
“Melalui DPTN 1.0 telah mendapati sebanyak 84 peratus dasar-dasar itu telah diselaraskan, dilaksanakan di seluruh maahad tahfiz di negara kita.
Katanya, ketika ini terdapat 1,401 institusi tahfiz di seluruh negara melibatkan lebih 10,000 asatizah serta 61,000 pelajar, sekali gus membuktikan pendidikan tahfiz berkembang sebagai satu ekosistem pendidikan yang berdaya saing.
Beliau berkata melalui DPTN 2.0, beberapa instrumen penting telah diperkukuh termasuk pembangunan Model Pendidikan Tahfiz Malaysia (MPTM) melalui pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB), skim pembiayaan huffaz, dan penyelarasan STM, bagi melahirkan huffaz yang berdaya saing, berkemahiran, dan relevan dengan keperluan semasa.
Huffaz IPT Cemerlang
Ahmad Zahid turut berkongsi pencapaian membanggakan huffaz di insitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan:
- UniKL: Fakulti Aeroangkasa 90% pelajar terdiri daripada huffaz
- UNITEN: 534 huffaz mengikuti kursus kejuruteraan (awam, elektrik, mekanikal)
Kebanyakan pelajar mencatat CGPA 3.5 ke atas, membuktikan mereka boleh gabungkan ilmu dunia dan akhirat.
MoU Strategik & Pensijilan Bertahap
Majlis sama menyaksikan pemeteraian 10 Memorandum Persefahaman (MoU) antara JAKIM dengan agensi agama negeri, IPT dan institusi kemahiran, termasuk program:
- Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat
- Sijil Perakuan Hafazan Bertahap
- Program Pensijilan Hafazan Bertahap
Murai harap langkah ini dapat melahirkan huffaz yang berdaya saing, berkemahiran, dan relevan dengan keperluan semasa.

1 day ago
10










![[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/5.webp)




















![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)


