Bekas suami kepada usahawan, Amyera Zainal iaitu Datuk Shahrul Nasrun tampil memberikan penjelasan bahawa bakal isterinya itu tidak mempunyai kaitan dengan perkahwinan terdahulunya.
Kongsi Exco Pemuda UMNO ini menerusi hantaran di Instagram menjelaskan bahawa dia mula berkenalan dengan wanita pilihan hatinya itu, Meerween Hanees pada April 2025 sebelum melangkah ke fasa yang lebih serius pada Mei 2025.
“Beliau kini bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab sebagai Ambassador kepada jenama tempatan.
Tindakan sesetengah pihak yang cuba memboikot jenama tempatan tersebut seolah-olah seperti mentaliti kebencian yang tidak berasas kerana ini bukan budaya kita dan bukan nilai masyarakat yang matang.
Nak boikot sampai tahap macam “level Yahudi” tu untuk apa? Kita sepatutnya menyokong rezeki orang, bukan menjatuhkan tanpa sebab.”-tulis Shahrul Nasrun di Instagram
Mohon Orang Henti Gelar Bakal Isteri ‘Penyondol’

Tambahnya lagi, dia turut memohon orang ramai untuk berhenti menggelar bakal isterinya sebagai ‘penyondol’ selain berpendapat setiap manusia berhak mencari kebahagiaan sendiri.
“Berhentilah daripada menuduh atau memanggil beliau dengan gelaran seperti “penyondol” atau apa-apa istilah negatif lain. Setiap manusia berhak mencari kebahagiaan sendiri. Kami tidak perlukan pengesahan atau restu daripada netizen untuk terus hidup bahagia.
Kalau tak boleh tengok orang lain bahagia, janganlah jadi netizen keyboard warrior. Hidup ini singkat, lebih baik kita doakan sesama manusia, bukan menanam kebencian.”-tulis Shahrul lagi
Bekas isteri kepada Shahrul iaitu Amyera sebelum mengejutkan netizen di media sosial selepas membuat pendedahan mengenai Shahrul yang didakwa mempunyai ruang pejabat yang disewa khas untuk aktiviti pelacuran di saat dia baru sahaja melahirkan cahaya matanya.
Amyera dan Shahrul sah becerai pada Julai 2024 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jibriel dan Layla.
Apa komen anda?

1 day ago
9







![[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2216.jpeg)
![[VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-“Guna Air Panas Basuh…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2213.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Qadejah Curi Rakam Ammar Ahyan Nyanyi Lagu Misha Omar](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2212.jpeg)





















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)