Kalau sebut buffet Ramadan yang betul ada suasana nostalgia, memang susah nak tolak jemputan daripada Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences. Tahun 2026 ini, mereka kembali dengan Juadah Kenangan Ramadhan dan MURAI boleh cakap, konsep dia memang buat rasa teruja dari awal lagi.
Sejak melangkah masuk, suasana terus bertukar macam berada di bazar Ramadan yang kita selalu tunggu-tunggu setiap tahun. Seluruh driveway hotel dihias dengan vibe bazar yang hidup, meriah dan penuh warna. Bau masakan panas dari gerai-gerai live cooking terus buat perut berkeroncong. Memang rasa klasik, rasa tradisi, tapi dalam suasana yang lebih selesa dan eksklusif.
Apa yang buat pengalaman ini lagi istimewa, ada 23 live cooking station dan lebih 200 jenis hidangan yang menggabungkan resipi warisan serta makanan kegemaran ramai. Dari lauk kampung, juadah tradisional, aneka kuih-muih nostalgia sampailah hidangan pelbagai kaum yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia, semuanya tersedia dalam satu malam. Bukan sekadar makan untuk kenyang, tapi makan sambil mengimbau kenangan Ramadan zaman dulu-dulu.

Sempena Visit Malaysia 2026, pengalaman ini juga membuka ruang untuk pelancong luar merasai sendiri keunikan budaya dan makanan Malaysia. Jadi bukan saja warga tempatan yang boleh reconnect dengan memori lama, malah tetamu antarabangsa pun dapat rasa kemeriahan sebenar Ramadan di Kuala Lumpur.
Menariknya lagi, setiap RM1,000 yang dibelanjakan melayakkan tetamu menerima satu penyertaan untuk memenangi Pakej Umrah Premium all-inclusive. Rezeki bulan mulia, siapa tahu ada tuah berganda sambil berbuka puasa bersama insan tersayang.
Juadah Kenangan Ramadhan ini berlangsung setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10 malam, sehingga 20 Mac 2026. Harga biasa ialah RM278 untuk dewasa dan RM139 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak bawah enam tahun makan percuma. Ada juga tawaran diskaun 20 peratus serta promosi Ramadhan Berkah beli 10 percuma 10 yang terhad kepada 200 tempat sehari.
Bagi MURAI ini bukan sekadar buffet biasa. Ini tentang suasana, tentang gelak tawa di meja makan, tentang doa berbuka yang dibaca bersama-sama. Ramadan adalah masa untuk kembali dekat dengan keluarga dan sahabat, dan di sinilah momen itu terasa lebih bermakna.

14 hours ago
9




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)