Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh MURAI boleh katakan moreh (atau hidangan malam selepas terawih) adalah satu tradisi semasa bulan Ramadan.
Kebiasaannya ketika moreh, ramai yang akan memilih untuk makan makanan yang kurang berat dan agak ringkas seperti colek buah, makanan bergoreng hinggalah ke pencuci mulut.
Dan dalam entri kali ini, MURAI nak kongsikan dengan pembaca semua menu-menu moreh daripada pempengaruh-usahawan Khairul Aming. Bagi MURAI, menu-menunya sangatlah mudah untuk dilakukan dan yang paling penting sangat sedap!
1, Cheesy Garlic Bread
@khairulamingCheezy Garlic Bread using airfryer 😄 #MYFoodie
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan:
- Roti putih Gardenia
- 1/2 blok mentega tanpa garam
- 2 ulas bawang putih
- Daun parsley
- Keju
2. S’mores Dip
@khairulamingNext recipe ni sangatlah mudah, dijamin Pak Nil pun takkan membebel. Cuma korang kena pergi supermarket lagi sekali. Jom kita buat Smores Dip 🥰
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan:
- Marshmallow besar
- Coklat
- Biskut kering seperti Hup Seng atau Marie
3. Colek Seafood Celup Tepung
@khairulamingPuasa Ke-7 : Colek Seafood Celup Tepung goreng-goreng. Memang syok makan satu family time moreh nanti 😁 Untuk menu hari ni aku nak ajak @azfarheri @Nasi Ayam Mak Chili @kemey untuk cuba masak kat rumah. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okeh 😁
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan Gorengan:
- Makanan laut pilihan
- 1 cawan tepung Bestari
- 1 cawan tepung beras (atau tepung jagung)
- 1 cawan air
Bahan Sos Colek:
- 1 cawan sos cili Thai
- 3 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan air
- 2 sudu kicap manis
- 2 sudu gula Melaka
- Garam dan serbuk perasa
- 1 sudu sos ikan
- 1/2 biji limau nipis
- 1 sudu bancuhan tepung jagung
4. Churros Cicah Nutella
@khairulamingPuasa Hari 17 – Churros Cicah Nutella 😋 #BukaPuasa #Sahur #ramadanlive #Churros
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 blok mentega
- Garam
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu serbuk kayu manis
- Nutella
5. Aiskrim Goreng
@khairulamingTugasan terakhir hari ni adalah yang paling simple, demi membetulkan balik Aiskrim Goreng saya yang diaibkan 7 tahun lepas. Say hello to Aiskrim Goreng Pro Max. Cuma guna dua bahan, aiskrim dan roti. Taknak dengar alasan roti habis yaa. Pepatah jepun pernah berbunyi “Doryoku wa kanarazu mukuwareru” Kalau kita berusaha, kejayaan itu tak akan sia sia
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan:
- 1 scoop aiskrim
- 2 keping roti
- Gula icing untuk topping
6. Spicy Tuna Melt
@khairulamingSahur Day 2 – Spicy Tuna Melt #Sahur #BukaPuasa #ramadanlive
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan:
- 1 tin tuna pedas (Spicy Tuna)
- Bawang merah dicincang
- Perahan limau nipis
- Roti Gardenia
- Keju Mozarela
7. Crispy Thai Pancake
@khairulamingMenu kedua hari ni: Crispy Thai Pancake. Sangat senang nak buat please jangan tukar resipi 🥹🥹
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan-bahan:
- Telur
- Pisang
- Paratha
- Nutella
8. Honey BBQ Chicken Tenders
@khairulamingRehat dah habis ya. Hari ni kita ada Honey BBQ Chicken Tenders. Yang ni kena pakai bbq sauce, and sebenarnya sos ni ada kat sebelah plum sauce kat supermarket. Maaf tak bagitahu awal-awal. Awak semua pun tak tanya jadi saya diam je la 🥰
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Bahan Ayam Goreng:
- Bahagian dada atau tenders ayam
- Tepung Bestari
- Air
- Minyak masak
Bahan Sos Salutan Honey BBQ:
- 1 sudu serbuk paprika
- 1 sudu serbuk cayenne
- 1 sudu empingan cili
- 1 sudu serbuk bawang putih
- 1 sudu gula perang
- Minyak panas (daripada gorengan ayam)
- Sos barbeku
- 1/2 madu
Bahan Sos Pencicah Putih:
- 3 sudu yogurt asli
- 3 mayonis
- Sedikit jus lemon
- Lada hitam
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit garam
Menu-menu di atas sangatlah simple dan mudah untuk disediakan. Sesuai untuk sesi moreh bersama keluarga atau rakan. Selamat mencuba!

12 hours ago
8




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)