Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial. Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun TikTok @ttyl.podcast, MURAI nampak, kali ini bukan sekadar komen biasa, tapi macam lepas geram.
Menurut Waheeda, dia sebenarnya menyangka rakyat Malaysia sudah cukup “educate” tentang perkara asas agama. Tapi rupanya, masih ramai yang keliru dan cepat menghukum tanpa semak fakta. Malah dengan nada sedikit sinis, Waheeda menyebut dia “alergik dengan kebodohan”. Bukan untuk menghina, tapi sebagai teguran supaya orang ramai belajar dulu sebelum bercakap.
@ttyl.podcast“DS Siti Nurhaliza solat, kau kenapa tak solat??” #StoryMorehTTYL
♬ original sound – TTYL : Talk To You Later – TTYL : Talk To You Later
“Belajar dulu sebelum bercakap”
Waheeda mempersoalkan kenapa masih ada yang mempertikaikan soal telekung, sedangkan menurutnya, hukum aurat luar solat dan ketika solat adalah sama. Katanya lagi, telekung itu sebenarnya budaya Nusantara, bukan satu kewajipan khusus yang menentukan sah atau tidaknya solat.
MURAI faham maksudnya di sini, kadang-kadang kita terlalu biasa dengan sesuatu amalan sampai kita anggap itu satu-satunya cara yang betul.
Waheeda turut memberi contoh situasi ketika Umrah. Katanya, di masjid-masjid di Tanah Arab, wanita Arab tidak memakai telekung seperti kebiasaan di Malaysia. Namun, tiada pula yang menegur atau mempertikaikan. Jadi kenapa isu ini hanya hangat diperdebatkan di Malaysia?
Kenapa asyik Siti jadi sasaran?

Dalam kenyataan sama, Waheeda turut menyebut nama Biduanita Negara, Siti Nurhaliza. Dia meluahkan rasa kasihan melihat penyanyi tersohor itu sering menjadi sasaran kecaman berkaitan pemakaian ketika solat.
“Dalam Malaysia ni bersepah dah perempuan tak pakai telekung kalau solat, kenapa Siti juga yang jadi isu?” lebih kurang begitu persoalannya.
MURAI nampak, kenyataan itu bukan nak memihak secara membuta tuli, tapi lebih kepada mempertahankan prinsip, jangan pilih kasih bila menegur, dan jangan hanya fokus pada figura terkenal semata-mata.
Netizen setuju: Cari ilmu dulu
Menariknya, ramai netizen nampak bersetuju dengan poin yang dibawa Waheeda. Antara komen yang tular berbunyi,
“Kita cari dulu ilmu kalau tengok benda tu berlainan dari yang kita tahu. Cari dulu info yang betul. Kalau tak faham, soal dengan nada baik. InsyaAllah orang baik jawab dengan baik juga.”
MURAI rasa ini bahagian paling penting dalam keseluruhan cerita. Isunya bukan sekadar telekung atau tidak. Tapi tentang adab berbeza pandangan.
Kadang-kadang, bila nampak sesuatu luar daripada kebiasaan kita, refleks pertama ialah menghukum. Padahal, mungkin kita yang belum cukup membaca.
Akhirnya, dalam dunia media sosial yang semuanya laju dan sensitif, mungkin benar apa yang Waheeda cuba sampaikan sebelum bercakap, belajar dulu. Sebelum menegur, faham dulu. Dan sebelum menghukum, tanya diri sendiri… kita dah cukup ilmu ke belum?

12 hours ago
8




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)