Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi
pelancaran lima lagu raya yang merangkumi pelbagai genre, penceritaan dan emosi.
Daripada rentak rancak dan moden, sehinggalah balada yang meruntun jiwa, setiap karya membawa identiti tersendiri, namun tetap bersatu di bawah semangat kebersamaan selari dengan tagline Astro Salam Ramadan 2026, “Bila Bersama, Lagi Jadi”.
Lebih menarik, ketujuh-tujuh lagu ini akan dihimpunkan dalam sebuah EP khas, sekali gus membentuk sebuah “universe” raya tersendiri yang unik dan saling berkait di bawah payung Rocketfuel Entertainment.
Rindu Raya- ALPHA

Dilancarkan pada 21 Februari 2026, lagu raya nyanyian ALPHA ini menampilkan sisi berbeza kumpulan tersebut. Bernuansa pop dan berentak sederhana, lagu ini mengangkat tema kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman, satu perasaan yang semakin kuat apabila tibanya Ramadan dan Syawal.
Sehingga kini, lagu ini telah meraih lebih 200,000 tontonan di saluran YouTube Rocketfuel Network.
“Lagu ini memang berbeza daripada kebiasaan kami. Kami mahu tonjolkan sisi yang lebih tenang dan penuh perasaan. Rasa rindu pada keluarga itu sangat universal, dan kami percaya ramai boleh relate dengan ‘Rindu Raya’.”
Kampung Kita- Wani Kayrie

Kali ini, Wani Kayrie kembali memeriahkan Ramadan dan Syawal dengan “Kampung Kita”, sebuah lagu raya yang merupakan kesinambungan kepada lagu “Cak Cak Cekuk” yang pernah tular, dan masih mengekalkan elemen keceriaan yang sama serta melodi yang mudah melekat di ingatan.
Lagu ini berkisar tentang keterujaan pulang ke kampung, bukan sahaja untuk bertemu keluarga, malah untuk berjumpa insan yang disukai.
“Saya suka lagu raya yang fun dan buat orang rasa hendak menari. ‘Kampung Kita’ ada vibe itu, tapi dalam masa yang sama ada kisah manis tentang perasaan rindu bila hendak jumpa orang yang kita suka,” kata Wani
Raya Macam Raya- Hael Husaini x ALPHA

Kolaborasi antara Hael Husaini dan ALPHA menerusi “Raya Macam Raya” tampil sebagai lagu upbeat yang segar dan penuh warna M-Pop. Dicipta oleh Hael sendiri bersama Iqie Hugh, lagu ini mengetengahkan keterujaan membuat persiapan raya dan memastikan segala kelengkapan Syawal tersedia sempurna.
“Apabila menjelang raya, kita memang mahu semuanya lengkap. Lagu ini menggambarkan semangat itu, apabila persiapan cukup dan kita bersama orang tersayang, barulah terasa kemeriahan sebenar.”
Lagu Raya Untukmu- Hael Husaini

Selain kolaborasi, Hael Husaini turut menghadiahkan sebuah single raya solo yang mencuit hati berjudul “Lagu Raya Untukmu” sebagai tanda penghargaan buat mereka yang sentiasa berada di belakang perjalanan seninya.
“Lagu ini adalah hadiah istmewa untuk peminat yang sentiasa menyokong saya saban tahun,”-ujar Hael
Duit Raya- Sharul Kamal & Mierul Aiman

Lagu raya nyanyian Sharul Kamal bersama Mierul Aiman ini pula membawa mesej yang cukup dekat dengan realiti masyarakat hari ini. Dengan bait-bait pembuka, “ada duit takda duit, raya tetap raya”, lagu ini mengingatkan kita bahawa Aidilfitri diraikan dengan penuh keikhlasan dan kebersamaan, bukan semata-mata harta.
“Kami mahu lagu ‘Duit Raya’ jadi peringatan yang ringan tapi bermakna. Walau apa pun keadaan, raya tetap tentang keluarga dan kasih sayang.”-Sharul
“Elemen rap dalam lagu ini memberi sentuhan moden. Kami hendak sampaikan mesej positif dalam cara yang santai dan fresh,” tambah Mierul

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu-lagu raya terbaik ini!

14 hours ago
9




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)