Berita baik buat pekebun kecil dan penoreh getah! Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 kini dibuka bermula 1 Julai hingga 30 September 2026.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Bantuan RM800 Untuk Ringankan Beban
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan inisiatif tahunan kerajaan melalui RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatan mereka terjejas ketika musim tengkujuh.
Sejak tahun 2023, kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.
Bantuan tersebut akan disalurkan secara berperingkat terus ke akaun bank penerima yang layak.
Siapa Yang Layak Memohon?
BMT terbuka kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan RISDA.
Antara syarat asas ialah:
Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki tanah getah seluas 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah (jika berkaitan).
Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di kebun getah berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah.
Macam Mana Cara Mohon?
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual di Pejabat RISDA Negeri dan Daerah.
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, geran tanah (bagi pemilik), salinan buku akaun bank yang aktif serta dokumen sokongan lain mengikut kategori permohonan.
Rayuan Dibuka Oktober Ini
Bagi mereka yang tidak berjaya, permohonan rayuan akan dibuka bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2026.
RISDA turut memaklumkan semua bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) terus ke akaun bank pemohon yang didaftarkan.
Justeru, orang ramai yang layak dinasihatkan supaya membuat permohonan lebih awal dan memastikan semua maklumat serta dokumen adalah lengkap bagi melancarkan proses kelulusan.
Musim tengkujuh sememangnya memberi cabaran besar kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Apabila hasil berkurangan, pendapatan juga pasti terjejas.
Sebab itu Murai rasa BMT dilihat sebagai antara inisiatif yang dapat membantu mengurangkan beban kewangan mereka. Kalau dah layak, jangan lupa semak semula maklumat dan hantar permohonan sebelum 30 September 2026. Lagi awal mohon, lagi tenang hati.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

13 hours ago
3



















![[VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Kejutan Elly Mazlein Buat Suami- “Tak Sedap Hati Masa Gelak Tutup Mulut”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/10.webp)
















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)


![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)





![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)
![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)


