Netizan Hairan Roti Subway Makin Mengecil- “Tak Sampai 6 Inci Pun”

14 hours ago 3

Baru-baru ini hantaran seorang pengguna Threads telah mencuri perhatian orang ramai selepas dia mempersoalkan saiz roti sandwic daripada restoran Subway.

Menerusi hantarannya itu, pengguna Threads yang dikenali dengan nama Dina Kamarudin memaklumkan bahawa roti sandwic yang dibelinya semakin nipis dan mengecil berbanding sebelum ini.

Foto – @dina_kamarudin (Threads)

“Shrunken Subway. Tadi masa dia potong roti nampak dah kenapa macam nipis sangat roti dia. Budak (pekerja Subway) tu kata roti baru lembut lagi so dia penyek. Dah lama I nak ukur betul-betul 6″ ke tak sandwich dia sekarang. Tengok la even with the wrapper pun tak sampai 6.”

Foto – @dina_kamarudin (Threads)

Dalam hantaran yang seterusnya, Dina turut memaklumkan bahawa dia telah kembali ke restoran Subway pada pagi ini untuk membeli roti sandwic sekali lagi.

Menerusi video pendek yang dirakamnya itu, Dina mendedahkan bahawa Subway tidak meletakkan ukuran sandwich di papan pemotong seperti sebelum ini. Malah roti yang dibelinya pada pagi ini kelihatan lebih berbeza, menandakan Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak diikuti dengan tepat.

“Tabletop takde measurement macam dulu. Long white chopping board je. Roti pagi ni tebal. Memang sangat berbeza dengan yang I beli petang semalam. Mungkin roti ni cukup proofing/rest yang uols bakers maksudkan?”

Foto – @dina_kamarudin (Threads)

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut mendakwa mereka mengalami situasi yang sama. Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa penyediaan tidak konsisten itu disebabkan oleh faktor tertentu seperti cara penyediaan di antara cawangan Subway.

Apa pendapat kamu?

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |