Penyanyi dan pencipta kandungan, Mal Hamka, mencuri perhatian warganet selepas berkongsi detik perkenalan abang iparnya, Fahimi Rahmat, bersama kakaknya, Bella Hamka, dalam satu sesi temu bual santai yang tular di TikTok baru-baru ini.
Menerusi rakaman perbualan bersama seorang penyampai radio, Mal Hamka bersahaja ketika menceritakan bagaimana Fahimi akhirnya menjadi sebahagian daripada keluarganya.
Namun, bukan sekadar kisah jodoh yang menjadi perbualan, sebaliknya reaksi Mal Hamka mengenai perbezaan umur antara dirinya dan kakak turut mencuri fokus ramai.
“Tak Ingat Umur, Tapi Tak Jauh Beza”
via Instagram /@malhamkaKetika ditanya mengenai hubungan kekeluargaan mereka, Mal Hamka menjelaskan bahwa dia merupakan adik kepada kakaknya, bukan abang seperti yang disangka.
Namun, apabila soalan beralih kepada perbezaan umur, Mal Hamka secara spontan mengakui tidak mengingati angka sebenar.
Pengakuan ringkas itu mencetuskan suasana santai dalam perbualan berkenaan, malah mencerminkan keperibadian Mal Hamka yang dikenali sebagai seorang yang bersahaja dan santai.
Reaksi tersebut pantas menjadi bahan perbincangan warganet yang menganggap situasi itu sangat ‘relatable’.
@era.jeDulu kawan, sekarang dah jadi ahli family 💚 Tahniah @malhamka dapat abang ipar @fahimirahmat 🫶🏻 #ERARadioNo1PalingLegit #PetangERA
Fahimi Kenal Kakak Sebelum Kenal Mal Hamka
Dalam temu bual sama, Mal Hamka turut menjelaskan bahawa Fahimi sebenarnya mengenali kakaknya lebih awal sebelum berkawan rapat dengannya.
Malah, Mal sendiri mengakui tidak begitu mengambil tahu soal hubungan mereka pada peringkat awal, sehinggalah mereka menyedari bahawa persahabatan itu benar-benar serius.
Menurut Mal, dia memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi kakaknya, namun tetap memerhati dari jauh.
Apabila mengetahui Fahimi berniat untuk melamar kakaknya, reaksinya pada ketika itu digambarkan sebagai ‘blur’, namun penuh dengan keyakinan terhadap sahabatnya sendiri.
Keyakinan Terhadap Fahimi Rahmat
Walaupun kedengaran terkejut, Mal Hamka menyatakan keyakinannya bahawa Fahimi merupakan individu yang baik dan mampu menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. Keyakinan itu dizahirkan secara terbuka apabila Mal menyampaikan ucapan ringkas namun bermakna buat pasangan tersebut.
Ucapan tersebut jelas mencerminkan restu dan sokongan penuh seornag adik terhadap kebahagiaan kakaknya, sekali gus memperlihatkan hubungan kekeluargaan yang harmoni walaupun dibalut dengan gaya komunikasi yang santai.
Warganet Anggap Situasi ‘Normal’ Dan Dekat Di Hati
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet tampil mempertahankan Mal Hamka, menyatakna bahawa terlupa umur adik-beradik sendiri adalah perkara biasa, terutamanya dalam keluarga yang ramai.
Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa, termasuk tidak mengingati tarikh lahir ahli keluarga terdekat.
“Umur adik beradik pun tak ingat.”
“Saya pun tak berapa ingat umur kakak dan abang saya. Kadang-kadang lupa, ramai sangat.”
“Aku tak ingat umur kakak aku. Even mak ayah aku pun aku tak ingat.”
Via TikTok /@wnqsyiri
Via TikTok /@yyaaReaksi spontan Mal Hamka itu secara tidak langsung menghidupkan perbualan yang lebih luas tentang dinamika keluarga moden, dimana hubungan emosi sering kali lebih diutamakan berbanding butiran formal seperti angka umur.

2 hours ago
4



![[VIDEO] Hantar Anak Ke Rumah Yatim Selama 3 Hari, Johan Perjelas Sebabnya- “Hukuman Untuk Diri Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-13.webp)





![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)
![[VIDEO] Solo Ambush Jatuh, Reaksi Orang Sekeliling Ini Yang Buat Ramai Kecewa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-23-at-12.06.43.jpeg)




![[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-9.png)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)

![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)






![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)