Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian dengan agama Islam.
PU Syed menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dilihat menegur pihak terlibat yang menggambarkan watak Islamik yang melakukan perkara terkutuk dengan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
“Daripada video tersebut, kita melihat bagaimana seorang lelaki pakai serban, seorang yang pakai tudung labuh, seorang yang menunjukkan perbuatan yang sangat tidak baik.
Walaupun menunjukkan tentang ajaran sesat seperti cerita Walid sebelum ini. Tapi tak perlulah mempertunggang agama sebegitu rupa.
Sampaikan teguran terbuka saya kepada pelakon lama, Puan Ellie Suriaty serta seluruh yang terlibat dengan drama ini.
Cukup-cukuplah mencemarkan watak orang berjubah berserban.”-tulis PU Syed di Instagram
Gesa Pihak Berwajib Ambil Tindakan
Dalam pada itu, PU Syed turut menggesa pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) serta pihak terlibat untuk mengambil tindakan terhadap drama tersebut.
Bila mengaitkan dengan orang yang pakai serban, orang yang pakai jubah labuh, orang yang pakai gaya Islamik, digambarkan watak yang kotor, watak yang buruk. Maka akan muncul lepas ni watak yang tak pakai tudung, orang yang pakai seksi dengan watak yang baik. Ini pencabulan lah bagi saya.
Saya harap pihak yang berwajib seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam serta yang terlibat dengan penapisan filem atau drama, tolong tengok cerita ini.
Kalau nak tunjuk perbuatan mungkar sekalipun, perlukah babak-babak seperti ini? Mencium betis, mencium tangan, itu bukan Mahram. Sampai bila kita nak berkompromi dengan perbuatan mungkar seperti ini dalam masyarakat kita?”-tulis PU Syed lagi
“Jangan La Berikan Imej Buruk Kepada Agama..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran PU Syed, malah ada yang berpendapat drama sedemikian telah menghina agama Islam.
“Memalukan. Jangan la berikan imej buruk kepada agama, kekurangan ide barang kali para karyawan kita ni.”
“Setuju. Asal ajaran sesat dikaitkan dengan imej jubah dan serban. Secara tak langsung menjejaskan imej orang yang betul-betul ikhlas mengenakan pakaian tersebut.”
“Cerita ni boleh buatkan masyarakat berpandangan serong terhadap asatizah.”
“Memang mengarut cerita-cerita bodoh macam ni. Berpuluh-puluh ajaran sesat kat luar tu tak pakai pun serban dan tudung labuh. Apa motif nak tunjuk orang pakaian sunnah, berperangai seperti itu. Memang ada yang jahat tapi tak perlu nak buat adegan macam ni.”
Apa komen anda?

15 hours ago
8




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)