Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat dan komitmen yang telah dizahirkan sepanjang tahun.
Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadhan Bersama Penjawat Awam Selangor. Insentif khas itu akan dibayar pada 19 Mac, memberi ruang secukupnya untuk membuat persiapan menyambut Syawal bersama keluarga tersayang.
“Atas khidmat cemerlang yang dizahirkan dan sebagai dorongan untuk terus meningkatkan usaha sepanjang tahun ini, kerajaan negeri bersetuju memberi IKSA sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk semua penjawat awam Selangor,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin ShariSebulan Gaji Atau Minimum RM1,000
Menerusi IKSA tahun ini, semua penjawat awam negeri Selangor akan menerima insentif sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000. Ia dilihat sebagai dorongan untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, selain menghargai usaha yang telah diberikan.
Langkah ini sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran.
Lima Golongan Turut Terima Elaun Khas
Bukan itu sahaja, lima kumpulan pemimpin masyarakat turut menerima manfaat menerusi IKSA, dengan bayaran satu bulan elaun atau minimum RM500. Mereka terdiri daripada:
- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
- Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan
- Ketua Komuniti India
- Penyelia Wanita Berdaya (PWB)
- Penggerak Belia Selangor (PeBS)
- Petugas masjid serta Guru Rakyat juga akan menerima RM500 sebagai penghargaan atas peranan mereka dalam komuniti.
Penjawat Awam Persekutuan Turut Dihargai
Menariknya, seramai 50,000 penjawat awam Persekutuan yang bergaji RM3,000 dan ke bawah, berstatus lantikan tetap serta berkhidmat di Selangor, turut menerima IKSA sebanyak RM300 seorang.
Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, sekali gus memastikan kebajikan mereka yang berkhidmat di Selangor terus diberi perhatian.
Secara keseluruhan, seramai 72,850 penerima bakal menikmati manfaat IKSA kali ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM66.25 juta.
“Insya-Allah, saya berharap IKSA kali ini dapat memanfaatkan anda sekeluarga sebagai persiapan sambutan Aidilfitri, di samping komitmen kita bersama untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Gaji Diawalkan Seminggu Sebelum Raya
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga bersetuju mengawalkan pembayaran gaji penjawat awam kepada 13 Mac, kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.
Keputusan ini memberi ruang lebih selesa kepada penjawat awam untuk merancang perbelanjaan, membeli keperluan raya dan membuat persiapan tanpa tekanan saat akhir. Boleh bayanglah suasana senyum lebar bila gaji masuk awal memang timing on point.
Wartawan & Jurugambar WAJAR Terima RM1,000
Dalam perkembangan sama, ahli berdaftar Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Selangor (WAJAR) turut menerima insentif khas RM1,000.
“Penyaluran insentif ini akan diuruskan melalui Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Yayasan MBI menjelang Aidilfitri kelak,” katanya yang juga Penaung WAJAR.
@mediaselangorKerajaan Negeri Selangor mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri 2026 yang memanfaatkan bukan sahaja penjawat awam negeri, malah turut meliputi pemimpin komuniti, petugas masyarakat serta sebahagian penjawat awam Persekutuan di Selangor. Inisiatif menyeluruh ini mencerminkan penghargaan negeri terhadap peranan pelbagai lapisan yang bersama-sama menggerakkan perkhidmatan kepada rakyat. Menerusi pengumuman oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri @amirudinshari di Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam di sini sebentar tadi, penjawat awam negeri akan menerima insentif satu bulan gaji atau minimum RM1,000, dengan bayaran dijadualkan pada 19 Mac 2026, manakala gaji bulanan Mac diawalkan antara 13 hingga 16 Mac. Langkah ini bertujuan membantu persiapan Aidilfitri dan memastikan kesejahteraan penjawat awam terus terpelihara menjelang musim perayaan. Pada masa sama, kerajaan negeri turut menyalurkan insentif kepada pemimpin masyarakat dan penggerak komuniti termasuk MPKK, Ketua Komuniti, Penyelia Wanita Berdaya, Penggerak Belia Selangor, petugas masjid serta guru rakyat. Mereka akan menerima bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan di peringkat akar umbi. Bagi memperluas manfaat, Selangor juga menyalurkan bantuan tambahan RM300 kepada kira-kira 50,000 penjawat awam Persekutuan berpendapatan RM3,000 ke bawah yang berkhidmat di negeri ini, selain insentif RM1,000 kepada wartawan berdaftar dengan Persatuan Wartawan dan Jurugambar Selangor (WAJAR). Keseluruhan inisiatif berjumlah sekitar RM66.25 juta ini dijangka dikreditkan sebelum Aidilfitri, sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua rakan perkhidmatan masyarakat. MediaSelangor insentifkhasaidilfitriselangor
♬ original sound – Media Selangor – Media Selangor
Sekadar info tambahan, pertubuhan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Julai 2025 itu kini dianggotai lebih 70 wartawan dan jurugambar yang bertugas di Selangor. Penyaluran insentif ini akan diuruskan melalui Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Yayasan MBI menjelang Aidilfitri.
Pemberian ini dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan media dalam menyampaikan maklumat dan merakam sejarah pembangunan negeri.
Bagi Murai, pengumuman IKSA kali ini bukan sekadar bantuan kewangan bermusim, tetapi satu mesej jelas bahawa usaha dan dedikasi penjawat awam tidak dipandang sepi.

18 hours ago
8




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)