Ramai masih keliru bila bercakap tentang bantuan MyKasih. Sebenarnya ia adalah bantuan makanan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Berbeza dengan bantuan tunai biasa yang masuk ke akaun bank, dana ini boleh digunakan terus untuk membeli barangan asas di pasar raya atau kedai rakan niaga yang terlibat.
Anda hanya perlu bawa MyKad dan buat pembayaran seperti biasa di terminal yang disediakan. Mudah, tapi tetap ada syarat yang perlu dipatuhi.

Kenapa Perlu Scan Barang Dulu?
Bila masuk pasar raya, memang mudah tergoda untuk ambil apa sahaja yang nampak perlu. Tapi untuk pengguna MyKasih, tidak semua barang boleh dibeli menggunakan bantuan ini. Sistem sudah tetapkan hanya 15 kategori barangan asas yang layak.
Sebab itu penting untuk anda scan dulu sebelum ambil banyak-banyak. Kalau tak semak, nanti sampai kaunter baru tahu barang tersebut tak termasuk dalam senarai. Situasi macam ini memang boleh buat urusan jadi lambat dan sedikit serabut.
Cara Scan Barang MyKasih Guna Aplikasi
Langkah paling senang adalah dengan menggunakan aplikasi rasmi MyKasih yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store. Selepas muat turun, daftar dan log masuk ke akaun anda.
Dalam aplikasi itu, tekan butang “Check Item”. Kemudian anda boleh terus scan barcode yang tertera pada produk di rak. Kalau barang tersebut layak dibeli menggunakan bantuan, status “Eligible” akan dipaparkan.


Kalau tak nak scan satu per satu, anda juga boleh semak melalui senarai barangan yang tersedia dalam aplikasi. Cara ini lebih cepat dan bantu anda buat pilihan dengan lebih yakin sebelum ke kaunter pembayaran.
15 Kategori Barang Yang Boleh Dibeli
Antara kategori yang diluluskan termasuk beras, telur, minyak masak, tepung, roti, mi segera, makanan dalam tin, minuman asas, bahan perasa, produk penjagaan diri, ubat-ubatan asas, keperluan sekolah dan barangan kebersihan rumah. Bermula Februari 2026, kategori makanan sejuk beku turut diperluaskan dalam senarai yang dibenarkan.
Walaupun barang nampak sama kategori, tidak semua jenama automatik layak. Ada produk tertentu sahaja yang sudah didaftarkan dalam sistem. Jadi fungsi scan memang sangat membantu untuk elak tersilap pilih.
Cara Bayar Guna MyKad Di Kaunter
Selepas selesai pilih barang yang layak, juruwang akan scan semua item di kaunter. Sistem akan asingkan secara automatik barang yang boleh ditolak melalui bantuan MyKasih.
Kemudian anda hanya perlu masukkan MyKad ke dalam terminal pembayaran dan key in nombor PIN enam digit untuk pengesahan. Jika baki masih ada, sistem akan paparkan jumlah yang tinggal.
Prosesnya ringkas, tanpa tunai dan tak perlu beratur panjang untuk urusan yang rumit.
Dengan cara yang betul dan sedikit persediaan awal, penggunaan bantuan MyKasih jadi lebih mudah dan lancar. Jadi sebelum isi troli, jangan lupa buka aplikasi, scan dulu dan pastikan barang memang termasuk dalam senarai yang layak.

16 hours ago
8




































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)