Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

18 hours ago 8

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh salah seorang usahawan yang dikenali sebagai Alif di TikTok yang mendakwa Betty memekik ke arah pekerjanya yang sedang menguruskan booth yang sesak dengan pelanggan

“Video ini untuk Betty Rahmad dan Erma Fatima. Tahun lepas kakak kau kurang ajar, tahun ni kau pula kurang ajar. Ramadhan atau tidak, kita nak ajar mereka.

Cuma ada 2 pekerja sahaja dekat booth. Dan booth pula tengah sibuk ketika itu. Staf saya tengah serve customer ya ketika itu.

Secara tiba-tiba dia datang ke arah kaunter, dia terus pekik ‘i want this!’. Kau siapa eh? Artis?. Jangan jadi biadab, awak hutang permohonan maaf dengan staf saya.”-dedah Aliff di TikTok

@aleafadam

Yang kakak dia pulak menjeling and said to me “beli tu je? 🙄” when she saw I only bought $10 worth if items from her booth. Kau nak singaporean borong brapa banyak….

♬ original sound – Alif – Alif

Dalam pada itu, salah seorang saksi kejadian turut menceritakan bahawa nada dan wajah pihak terlibat yang kelihatan ‘kerek’.

“Dan saya nampak bagaimana nada dan wajahnya kelihatan sangat kerek.

Saya juga pelanggan yang mahu membayar boleh tunggu staf kamu serve pelanggan lain dan tunggu giliran saya, kenapa mereka tak boleh?”-tulis netizen di TikTok

“Yang Mana Kenal Saya, Tahu Saya Macam Mana…”

Dalam pada itu, Betty Rahmad menerusi hantaran di TikTok, memberi respon bahawa dia bakal memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung video tular tersebut pada hari ini.

“Alhamdulillah selamat sampai rumah. Perlu sedikit rehat esok nak bangun masak dan bersahur. Lepas rindu dengan anak lelaki dan suami saya.

Akan live selepas tadarus esok pagi (hari ini) untuk memberi penjelasan mengenainya. Yang mana nak percaya dulu silakan. Yang mana kenal saya tahu saya macam mana.

Jadi biarkan saya selesaikan urusan saya dahulu kemudian saya akan Live. Jangan tak tengok pulak tau. Tak repeat dah. Sabar jap.”-tulis Betty di TikTok

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |