Media sosial sekali lagi menjadi medan perdebatan apabila satu hantaran yang dipercayai dibuat sekadar mahu mencetuskan kemarahan (ragebait) mengundang perhatian ramai.
Individu berkenaan menulis, “Nama jer Universiti Islam Antarabangsa, tapi takda pun course Pengajian Islam kat sana.”
Walaupun ayat itu kelihatan seperti mahu mengundang reaksi netizen, ramai berpendapat kenyataan tersebut memperlihatkan kurangnya pengetahuan mengenai sistem pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Antara yang tampil memberikan respons ialah pendakwah bebas dan hos televisyen, Ustaz Amin Idris, yang juga merupakan alumni UIAM.
Beliau membalas dengan nada tegas namun bersahaja.
“Komen tu biarlah cerdik sikit. Di UIA kita tak panggil Pengajian Islam, kita panggil IRK = Islamic Revealed Knowledge atau dalam BM maknanya Ilmu Wahyu. Mungkin nak buat post ragebait, tapi janganlah sampai merendahkan akal.”- jelasnya di threads
VIA ThreadsBagi Murai, agak sedih juga melihat masih ada segelintir rakyat Malaysia yang secara terbuka mempamerkan kejahilan di media sosial tanpa terlebih dahulu membuat semakan. Lebih membimbangkan apabila kandungan seperti ini mudah menjadi tular, sekali gus mengelirukan orang lain yang tidak mengetahui fakta sebenar.
Hakikatnya, UIAM sememangnya mempunyai bidang pengajian Islam yang sangat terkenal melalui Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS). Istilah Islamic Revealed Knowledge (IRK) digunakan kerana pendekatan universiti itu menggabungkan ilmu wahyu seperti al-Quran, hadis, fiqh dan akidah dengan pelbagai disiplin ilmu moden.
Malah, ramai mungkin tidak tahu bahawa UIAM sering diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia dalam bidang pengajian Islam serta beberapa bidang lain. Graduannya juga bukan sahaja berkhidmat sebagai agamawan, malah menjadi hakim syarie, peguam, pensyarah, diplomat, ahli akademik dan profesional di pelbagai negara.
Jadi sebelum menulis sesuatu yang boleh menjadi bahan ketawa ramai, mungkin ada baiknya semak dahulu fakta. Dalam era maklumat di hujung jari, mencari jawapan selalunya mengambil masa beberapa saat sahaja.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

13 hours ago
3
















![[VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Kejutan Elly Mazlein Buat Suami- “Tak Sedap Hati Masa Gelak Tutup Mulut”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/10.webp)
















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)


![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)





![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)
![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)


