‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

7 hours ago 8

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul Jannah binti Muner atau Jannah Nick iaitu Dini Azan Schatzmann atau lebih dikenali sebagai Dini memuat naik satu video ringkas di Instagram peribadinya @dinischatzman, memaparkan dirinya sedang menjahit sebuah topi musim sejuk milik isterinya yang kelihatan longgar di bahagian kepala.

Dengan kapsyen ringkas tetapi sarat maksud, “Happy wife happy life”, video berunsur cleaning dan Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR) itu ternyata berjaya membuatkan warganet tersenyum sendiri. Bukan kerana topi berkenaan semata-mata, tetapi kerana usaha dan perhatian seorang suami terhadap keselesaan isterinya.

Dalam video tersebut, kelihatan suami Jannah Nick tekun menjahit bahagian dalam topi berbulu itu agar lebih kemas dan sesuai dipakai. Gerak tangan yang teratur dan kemasan jahitan yang rapi membuatkan ramai netizen kagum, malah menyifatkan hasilnya setanding jahitan profesional.

Ruangan komen turut dibanjiri pujian, antaranya:

“Ya Allah.. bukan setakat jahit… tapi SANGAT KEMAS jahitan nya yaaa.. kalah kita ni jannah 😭😭”

“Huyoo hebat la dini”

“Sweet, serba boleh la encik Dini ni. Good job! Untung Jana”

Tidak kurang juga ada netizen yang cuba mengusik pasangan ini dengan meminta Dini untuk menjahitkan pakaian yang sudah terkoyak sedikit tetapi perlu pos semula ke Malaysia selepas siap jahit.

“Kain saya ada terkoyak sikit, saya hantar pergi London boleh ke nanti pos balik ke Malaysia okay?”

Sekadar info tambahan, pasangan ini berhijrah ke London, United Kingdom pada September 2025 dan menetap di London bagi menyambung pengajian sambil mengimbangi kerjaya content creator dan study, manakala Dini pula memberi sokongan sepenuhnya pada Jannah .

Bagi Murai, video ini membuktikan bahawa kebahagiaan rumah tangga sering terletak pada perkara sederhana. Jahitan kecil pada topi, tetapi besar maknanya, perhatian, kasih sayang dan usaha yang tulus. Memang betul kata orang, happy wife, happy life.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |