Hubungan kekeluargaan selebriti sememangnya sering menjadi perhatian netizen. Namun, ada kalanya komen yang ditinggalkan seolah-olah terlalu jauh mencampuri urusan peribadi seseorang.
Terbaharu, anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania, tampil membalas satu komen netizen yang mempersoalkan tindakannya membantu ibu tirinya membuat siaran langsung menjual produk.
Netizen berkenaan meninggalkan komen yang berbunyi:
“Good job Marissa! Mak sendiri terkontang-kanting buat live sorang-sorang, tak ada seorang pun tolong. Padahal dengan duit itulah selama ini guna untuk besarkan anak. Bila anak dah besar, kemain menolong mak tiri buat live. Good job Marissa, hati anda betul-betul diperbuat daripada batu.”
Komen tersebut nyata mengundang perhatian ramai kerana menyentuh hubungan antara Marissa dengan kedua-dua ibu dalam hidupnya.
Bagaimanapun, Marissa tidak berdiam diri. Menjawab dakwaan itu, dia menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah lama membantu mempromosikan perniagaan ibunya sendiri, cuma perkara itu mungkin tidak disedari segelintir pihak.
“Masa saya promote tak nampak. Masa saya buat live letak bag kuning tak nampak. Masa saya buat content tak nampak. Sekarang nak good job, good job,” balas Marissa.
Jawapan ringkas itu kemudian menerima sokongan daripada ramai netizen yang berpendapat orang ramai tidak sepatutnya membuat kesimpulan hanya berdasarkan satu video atau satu situasi.
Antara komen yang mencuri perhatian berbunyi:
“Dari dulu dia promote bisnes mak dia, tak ada cakap apa-apa pun. Dia promote makanan mak dia jual, tak ada pula orang nak nampak. Dua-dua belah dia tolong. Yang buruk saja kau nampak.”
Malah, ramai turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum atau mencampuri hubungan kekeluargaan individu lain tanpa mengetahui keadaan sebenar.
Apa yang berlaku ini sekali lagi mengingatkan bahawa media sosial sering hanya memaparkan sebahagian kecil daripada kehidupan seseorang. Tidak semua yang dilakukan dimuat naik untuk tatapan umum, dan tidak semua perkara yang tidak kelihatan bermaksud ia tidak pernah berlaku.
Bagi MURAI, memberi pandangan itu tidak salah, namun apabila ia menyentuh hubungan anak dan ibu, lebih-lebih lagi tanpa mengetahui cerita sebenar, mungkin ada batas yang wajar dijaga.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

6 hours ago
3






































![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)











