‘Diserang’ Selepas Beli Piza Jofliam, Wany Hasrita Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

17 hours ago 11

Penyanyi Wany Hasrita, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menjadi bualan hangat pengguna media sosial baru-baru ini selepas berkongsi gambar piza yang dipercayai dijual oleh usahawan kontroversi Jofliam.

Insiden tersebut berlaku apabila Wany memuat naik gambar berkenaan di Instagram Story miliknya semasa menghadiri acara jualan barangan terpakai yang diadakan di Hidden by HC Group.

“Sekali seumur hidup merasa”, tulis Wany sebagai kapsyen.

Foto – Beautifulnara

Namun perkongsian Wany itu telah mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada sebahagian pengguna media sosial. Ramai yang mula mengecam penyanyi itu kerana perbuatannya dianggap menyokong Jofliam.

Untuk makluman semua, Jofliam atau nama sebenarnya Syuhaimi Jofli, merupakan bekas suami pempengaruh dan usahawan Cik Epal dan terpalit dengan pelbagai kontroversi seperti isu tuduhan curang hingga ke perebutan isu anak-anak.

Walaupun ramai yang mengecam Wany, namun ada segelintir pengguna media sosial menjelaskan bahawa orang ramai kesal dengan tindakannya bukan kerana fanatik dengan isu Jofliam-Cik Epal tetapi kerana sikap usahawan kontroversi itu.

“Orang tak marah Wany sebab diorang taksub. Tapi mungkin sebab satu Malaysia tengah geram dengan perangai orang tu (Jofliam). Menzalimi kaum ibu. Gunakan anak-anak. Not a right time.”

“Sebab yang marah ni mostly tengah kecewa. Orang narc diberi highlight oleh artis yang juga seorang wanita dan ibu. Takpe everyone did mistake maybe lepasni Wany kena lebih peka dan lebih berempati.”

Wany yang kemudiannya telah memadamkan kongsian gambar itu dan menerima teguran salah seorang pengguna Threads dengan hati yang terbuka.

“Baik, terima kasih atas nasihat, lepas ni saya akan lebih peka.”

Sebelum ini, selain kecaman, Wany Hasrita juga berdepan dengan ancaman daripada pengguna media sosial apabila sebilangan besarnya mahu memboikot karier seninya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |