Zarina Zainuddin Kongsi Azal Temui Teman Istimewa, Tapi Lain Pula Netizen Persoal

16 hours ago 6

Hantaran pelakon Zarina Zainuddin di platform Instagram menjadi perhatian ramai apabila berkongsi video mengenai anak istimewanya, Azal. Dalam video pendek itu, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai didakwa sudah menemui pengganti hati baharu iaitu Allysya.

Untuk makluman semua, Azal sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita Indonesia yang bernama Rahmah, Zarina yang sering berkongsi perkembangan hubungan mereka di Instagram, telah menjadi tumpuan ramai.

“Alhamdulillah Azal dah ada pengganti Rahmah. Semoga berbahagia Azal dan Allysya.”

Perkongsian terbaru itu secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Walaupun ada yang meluahkan rasa gembira mereka, namun ada segelintirnya pula meluahkan kebimbangan mereka.

“Comel dua-dua.”

“Semoga berjodoh, aamiin.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mempersoalkan keupayaan Azal untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Kahwin kena duduk dengan mentua supaya dapat pantau sebab mak sahaja yang paham sifat anak bila jadi tak waras.”

“Yang aku tau syarat jadi suami berakal, yang tahu macam mana bagi nafkah, yang tahu hukum hakam, Kalau tak tau, tak boleh jadi suami.”

“Setahu saya doktor tak galakkan diorang kahwin. Dengan keadaan macam tu macam mana nak jaga anak isteri tapi kalau dua belah parents sanggup berkorban jaga sama-sama, insyaAllah semua baik di kemudian hari. Tapi agak rumit la.”

Namun, komen seorang pengguna Instagram telah mencuri perhatian MURAI. Menurutnya, jika seorang individu autisme memahami maksud perkahwinan, individu yang ingin dikahwininya dan keupayaan untuk membuat keputusan dengan sendirinya, maka akad nikahnya boleh menjadi sah. Apa pendapat kamu?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |