Viva Circus Festival 2026 Kembali, 5 Hari Penuh Akrobatik & Seni Udara

4 hours ago 5

Hari ini, Viva Vertical secara rasmi memperkenalkan Viva Circus Festival 2026, festival lima hari yang meraikan seni akrobatik udara, persembahan sarkas kontemporari, dan pengalaman interaktif untuk orang ramai. Lokasinya? Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama E, dari 15 hingga 19 April.

Sidang media pelancaran dihadiri tokoh industri termasuk Dr. Soo Wincci, bersama pengamal seni pergerakan udara dan profesional kreatif. Festival ini menandakan 20 tahun perjalanan Viva Vertical dari studio latihan kecil kepada platform yang menghubungkan bakat tempatan ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Nana Shan Liew, Pengarah Viva Vertical, kata, “Viva Circus Festival bukan sekadar aktiviti kecergasan. Ia tentang bagaimana persembahan membina keyakinan, disiplin, dan ekspresi diri, dari studio ke pentas.”

Sorotan Utama Festival

1. Safe to Fly – Pengalaman Pergerakan Udara

Zon ini membolehkan orang ramai cuba pergerakan udara secara selamat, termasuk aerial hoop, hammock, dan bungee, bermula 15 hingga 19 April di Nero Space, PJPAC.

2. Alice Lost in Wonderland

Persembahan Viva Vertical Production ini gabungkan penceritaan, tarian, dan akrobatik udara. Ditampilkan pada 18 April (2.00 petang & 7.00 malam) dengan lebih 60 penghibur dari veteran hingga bakat baharu. Noah Yap sebagai Pengarah Persembahan dan Artistik memimpin produksi ini.

3. Anugerah Viva Circus Festival Malaysia 2026 (VCFA)

Kemuncak festival pada 19 April akan meraikan bakat tempatan dalam seni pergerakan udara. Panel antarabangsa termasuk Tracy Mak (Singapura), Leng Rajanikara (Thailand), dan Shayna Swanson (USA). Selain itu, empat studio baharu akan mempamerkan persembahan ringkas, memberi peluang pentas dan pengalaman kepada komuniti seni pergerakan udara yang lebih luas.

Festival ini bukan sekadar hiburan,  ia mencerminkan pembangunan ekosistem seni udara Malaysia, dari melahirkan penghibur, jurulatih, hingga membuka peluang antarabangsa. Viva Circus Festival 2026 adalah tempat orang ramai merasai seni udara, bakat tempatan bersinar, dan komuniti kreatif berkembang bersama.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |