Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang kurang menyenangkan terhadap pelakon, Nur Fazura di sesi perjumpaan bersama peminat bagi sebuah jenama pakaian.
Telahpun membuat permohonan maaf sebelum ini, menerusi video yang dimuatnaik oleh jenama pakaian terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad sekali lagi tampil memohon maaf secara bersemuka bersama Fazura ketika sama-sama menjalani ‘photoshoot’.
“Saya minta maaf atas keterlanjuran kata, percakapan saya. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Saya rasa down sangat, kerana tak ada langsung niat di dalam hati.”-kata Lan Pet Pet kepada Fazura
“Kita Sama-Sama Belajar Dari Kesilapan…”
Dalam pada itu, Fazura dilihat cuba menenangkan Lan Pet Pet dengan mengajaknya untuk sama-sama bekerja di dalam suasana yang harmoni serta tidak terasa hati dengan gurauannya sebelum ini.
“Jangan down, saya okay je. Tidak mengapa, kita sama-sama belajar dari kesilapan. Saya juga kadang-kadang buat silap juga. Yang penting, kita sama-sama kerja dalam suasana positif dan harmoni, silaturahim yang baik.”-balas Fazura kepada Lan Pet Pet
Netizen Puji

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat sikap Lan Pet Pet dan Fazura yang saling bermaafan, malah ramai yang terhibur melihat gelagat Fazura yang berseloroh mahu dibelikan kuih-muih dan Laksa.
“Alhamdulillah. Terlajak kata, kadang-kadang melawak tanpa niat. Faz dah maafkan. Kita pun move on la ya. Yang memaafkan itu kan lebih mulia. Kita pun nak sambut Ramadhan. Bagus Faz ni. Baik hati dia.”
“Dua-dua legend. Minta maaf dan memaafkan, lagi-lagi dah dekat Ramadan. Suka dua ketol ni, ambik pengajaran lepas ni tak kira la siapa-siapapun. Alhamdulillah, yang penting dan-dan lapar rojak buah dan Laksa.”
“Salute Abg Lan, sikap berani buat permohonan maaf melalui video dan secara berhadapan juga sikap yang sangat terpuji.”
Apa komen anda?

3 weeks ago
51












![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
