[VIDEO] “Kini Saya Wanita Paling Bahagia”- Madam Mariyah Fokus Bina Empayar Auramaria

13 hours ago 7

Setahun selepas melalui episod kehidupan yang menjadi perhatian ramai, pengasas Auramaria, Madam Mariyah tampil dengan semangat baharu apabila memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga, pembangunan diri dan perniagaannya.

MURAI berpeluang bertemu sendiri dengan Madam Mariyah atau lebih mesra dipanggil Madam dalam satu sidang media yang turut menyaksikan pelancaran produk terbaharu Auramaria, Jus Wanita Che’Tat.

Tampil tenang dan ceria sepanjang sesi bersama media, Madam mengakui kehidupannya kini jauh lebih teratur berbanding sebelum ini.

Menurut beliau, segala kisah lalu tidak lagi menjadi fokus utama dalam hidupnya kerana keutamaan kini adalah membangunkan jenama Auramaria ke tahap lebih tinggi.

“Saya kini lebih fokus kepada perniagaan. Cerita-cerita dulu saya tak mahu ambil pusing. Kini saya fokus kepada Auramaria.

“Saya bahagia bersama anak-anak. Mungkin dulu ketika bergelar isteri saya ada batas untuk mengejar impian, tapi kini saya lebih fokus dan akan terus mencapai impian untuk terus berjaya,” katanya kepada media.

Madam Mariyah berkata, tempoh setahun yang lalu banyak mengajarnya tentang erti kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehidupan.

Walaupun pernah melalui fasa yang mencabar, beliau bersyukur kerana masih menerima sokongan berterusan daripada pelanggan, pengikut serta rakan-rakan perniagaan yang tidak pernah berhenti memberi semangat.

Dalam masa sama, perkembangan Auramaria juga menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila rangkaian pelanggan dan pengedar sah terus bertambah termasuk di Singapura, Brunei dan Sarawak.

Malah, pelancaran Jus Wanita Che’Tat dilihat sebagai satu lagi langkah besar Auramaria dalam memenuhi keperluan wanita moden yang mementingkan penjagaan diri dan kesejahteraan.

Serah Soal Jodoh Kepada Allah

Ketika ditanya mengenai soal jodoh dan kemungkinan untuk kembali mendirikan rumah tangga, Madam Mariyah memilih untuk menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah SWT.

Menurutnya, beliau kini berada dalam fasa kehidupan yang cukup membahagiakan dan belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Mungkin saya tak kahwin lagi rasanya. Kini saya boleh katakan saya wanita paling bahagia.

“Ramai juga yang mendekati, tapi belum lagi rasa untuk berumah tangga.

“Tapi hati ini milik-Nya. Hari ini mungkin saya kata tidak, tapi esok lusa saya tak tahu,” ujarnya sambil tersenyum.

Bagi Madam Mariyah, apa yang lebih penting ketika ini adalah meneruskan perjuangan membesarkan Auramaria serta menjadi inspirasi kepada wanita lain yang pernah melalui ujian hidup.

Beliau berharap kisah perjalanan hidupnya dapat memberi kekuatan kepada golongan wanita untuk bangkit semula dan membina kehidupan yang lebih baik tanpa terus dibayangi kisah silam.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |