Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Azah atau Norazah Aziz di Instagram, memaparkan putera bongsunya, Justin Leroy yang cuba bertutur peribahasa Melayu.
“Justin nak belanja peribahasa Melayu. Ke riba pun boleh lah 🤪. “-kapsyen Azah Aziz di Instagram
“Bagus Ada Keyakinan Berbahasa Melayu…”

Perkongsian Azah dibanjiri dengan komen netizen yang rata-rata terhibur melihat usaha Justin untuk bercakap Bahasa Melayu walaupun mempunyai mempunyai kesilapan penggunaan ayat. Malah ada yang berpendapat Justin turut pelat seperti anak pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.
“French sangat ni.”-Sharifah Shahirah
“Kuat qalqolah France. mesti sedap kalau baca Al-Quran. Keep it up Justin cakap Melayu.”
“Teruskan belajar lebih lagi lama-lama boleh lah😂👏.”
“Slow-slow. Boleh tu. Around dia kan ramai orang Melayu. Kejap je tu fasih dah.”
“Bagus ada keyakinan berbahasa Melayu. Tapi ada bunyi idgham French la pulak! 😆 Practice make perfect, all the best.”
“Okay la tu ada belajar cakap Melayu, tak ada la orang pertikai mak Melayu, cakap Melayu tapi anak tak pandai cakap Melayu.”
“Dia gabung peribahasa, tupai jatuh ke tanah dengan bulan jatuh ke riba 😂😂.”
“Bravo Justine👏 Petit à petit, l’oiseau fait son nid.. lama2 nanti pandai lah 😊.”
“Leona ada gang daa , sama-sama pelat 😅❤️.”
Azah Aziz mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga warganegara Perancis, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan, dan Justin.

12 hours ago
9




![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)





























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)




![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
