Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020.
Menerusi hantaran di TikTok, Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut memuatnaik perbualan mereka termasuklah bersama pelawak, Achey di Group WhatsApp sebelum arwah pergi meninggalkan mereka.
“Hari ini genap 6 tahun kau tinggalkan kami bam, rindu.”-kongsi Fad Bocey di TikTok
@fadbocey.91Hari ni genap 6 tahun kau tinggalkan kami bam,rindu🤲🏻🤍🫶🏻
♬ original sound – FadBocey – FadBocey
“Time Arwah Meninggal Memang Ramai Yang Solatkan…”

Perkongsian Fad dibanjiri rasa sebak peminat, malah ramai yang turut meluahkan rasa rindu dengan arwah Abam.
“Saya setiap solat doakan Arwah Abam , sampai nama dia saya hafal. Saya akan Doakan Arwah Abam, Arwah lisa (kawan saya) dan Arwah bapa saya. Sampai nama betul Arwah Abam saya hafal sbb setiap hari saya doa untuk dia , saya tidak pernah jumpa dia dan dia pun tidak kenal saya tapi since dia meninggal saya selalu nangis kalau tngok video dia lalu dan time tu saya terdetik setiap saya solat namanya akan terselit.”
“Sekejap arwah Abam pergi 6 tahun, rindu sangat lawak Bocey. Al-Fatihah untuk arwah Abam.”
“Arwah pernah cakap , biar orang hina kita gemok asalkan kita tak kacau hidup mereka . Keep strong and never give up . Al-Fatihah buat arwah🥹.”
“MasyaAllah time arwah meninggal memang ramai sangat yang solatkan, yang ziarah. Saya pun salah seorang yang menangisi pemergian arwah Abam.”
Sekadar info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Allahyarham turut meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

16 hours ago
10



![[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Happy-Birthday-my-beloved-husband.-I-pray-that-you-will-always-be-healthy-strong-and-blessed--e1770787045743.webp)














![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)













![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)










![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)





