[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

16 hours ago 10

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin yang ke-50 pada 11 Februari, hari ini.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Sarimah Sakinah Almera Suhaimi menerusi hantaran di Instagram, turut memaparkan Azad sedang berbual-bual dengan anak-anaknya ketika makan malam sebelum Eira hadir dengan membawa sebiji kek hari lahir dan menghadiahkan seutas jam tangan mewah buat suaminya itu.

“Hari ini kita raikan seorang ayah, suami dan insan yang kuat 🤍

Selamat Hari Lahir, Pak Azad. Semoga sentiasa dalam lindungan-Nya dan terus sukses tanpa henti. Semoga segala yang diusahakan membuahkan hasil terbaik di dunia dan akhirat 🥰.”-kapsyen Eira di Instagram

“Happy Nya Saya Tengok, Memang Suka Couple Ni…”

Perkongsian Eira dibanjiri dengan ucapan hari lahir buat Azad Jasmin, malah ramai yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

“Happy birthday Pak Azad 🥳. Ya Allah kau bahagiakan pasangan ini hingga ke Jannah. Moga yang baik-baik saja untuk Pak Azad sekeluarga. Aaminn.”

“Happy nya saya tengok, memang suka couple ni 😍 semoga terus bahagia dan dilindungi selalu.”

“So blessed and beautiful many more happy returns to you dear Anne ❤️May Allah bless you and your beautiful family.”

“Baik naa depa tak nangis pun kalau rindu daddy depa.”

“Happy birthday Pak Azad, moga sentiasa dalam rahmat Allah dunia akhirat.”

Sekadar info, Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose, dan Areisya Suri Rose.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |