UNIQLO Hulur Bantuan Kepada Keluarga Yang Terjejas Kebakaran Di Sandakan

2 hours ago 3

Peruncit pakaian global, UNIQLO telah menyumbang bantuan kewangan dan pakaian, berjumlah RM42,000 bagi membantu individu yang terjejas akibat kebakaran Kampung Bahagia di Sandakan, Sabah, di mana kebakaran besar telah memusnahkan kira-kira 1,000 buah rumah dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Sumbangan UNIQLO disalurkan melalui rakankongsi, Agensi Bantuan Malaysia (MRA),  yang membantu komuniti terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS).  Sumbangan tersebut termasuklah pakaian dalam AIRism baharu dan pakaian terpakai bagi membantu memenuhi keperluan segera keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Kebakaran yang berlaku pada 19 April di Kampung Bahagia telah merebak dengan cepat ke seluruh perkampungan air yang padat dengan bangunan, memaksa ramai penduduk berpindah dengan sedikit atau tiada barang.

via Harian Metro

Susulan daripada itu, akses kepada pakaian bersih dan keperluan asas telah menjadi keperluan segera bagi mereka yang terjejas.

Pengarah Perhubungan Awan Dan Kelestarian Korporat, UNIQLO Malaysia, Dawn Chow turut menitipkan harapan agar sumbangan mereka dapat memberikan kelegaan selain menyokong usaha bantuan yang dijalankan di lapangan.

“Ingatan kami bersama keluarga yang terjejas akibat kebakaran itu. Apabila orang ramai kehilangan tempat tinggal secara tiba-tiba, barangan keperluan harian asa juga menjadi penting.

Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan kelegaan di samping menyokong usaha bantuan yang sedang dijalankan di lapangan.”-kata Dawn Chow

Sumbangan pakaian termasuklah pakaian dalam AIRism baharu yang dipilih untuk menyediakan sokongan praktikal. Ini disediakan bersama sumbangan pakaian terpakaian, dengan semua item diagihkan oleh MRA kepada mereka yang tinggal di pusat pemindahan sementara.

via Sinar Harian

MRA terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi di lapangan untuk menilai dan bertindak balas terhadap keperluan komuniti yang terjejas yang sentiasa berubah. Sumbangan ini mencerminkan komitmen UNIQLO untuk berdiri di sisi komuniti semasa waktu sukar, sebagai sebahagian daripada misinya untuk memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada masyarakat melalui pakaian dan aktiviti korporatnya.

Untuk maklumat lanjur mengenai UNIQLO dan inisiatif kelestariannya, anda boleh melayari laman web rasmi UNIQLO.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |