Tunku Idris Kenang Tragedi Nyaris Ragut Nyawa, Hari Yang Mengubah Persepsi Dalam Hidup Baginda

6 hours ago 6

Seorang figura diraja, Tunku Idris Iskandar baru-baru ini mengimbau kembali satu detik hitam dalam hidupnya yang hampir meragut nyawa.

Menerusi perkongsian di Threads, Tunku Idris memuat naik keratan akhbar lama yang memaparkan tragedi kemalangan pesawat ringan pada tahun 2007. Insiden tersebut dilaporkan berlaku di kawasan Taman Melodi, Kluang apabila pesawat berkenaan terhempas ketika mendarat.

Perkongsian itu bukan sekadar mengingatkan tentang kejadian ngeri, malah membawa makna yang cukup mendalam dalam hidup baginda.

“19 tahun yang lalu. Hari yang mengubah cara saya melihat kehidupan. Untuk hidup setiap hari seolah-olah ia hari terakhir, dan menghargai setiap detik. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas namun penuh makna.

VIA THREADS

Di ruangan komen pula, Tunku Idris berkongsi refleksi yang lebih panjang mengenai kesan emosi dan perubahan yang dialami selepas tragedi tersebut:

“Satu kejadian. Satu tragedi. Satu pengalaman traumatik. Semua ini boleh mengubah hidup selama-lamanya dalam sekelip mata. Persepsi kita tidak lagi sama seperti dahulu. Hati tidak lagi berdegup seperti dulu. Tetapi diri kita tetap sama.
*Hanya mereka yang pernah melalui sesuatu pengalaman sahaja yang benar-benar memahami.”

Kata-kata itu jelas menggambarkan betapa peristiwa tersebut bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal, tetapi juga memberi impak besar terhadap cara beliau melihat kehidupan.

Tunku Idris merupakan anakanda ketiga dan putera kedua kepada pasangan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau juga merupakan adinda kepada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

VIA IG @tunkuIdris

Beliau pernah mengikuti kursus penerbangan di Akademi Penerbangan Integrasi (IAC) di Perak dan menjawat jawatan sebagai Juruterbang Tentera Darat di Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Tunku Idris menyertai perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pengambilan Tauliah Jangka Pendek ke-70 pada 16 Februari 2006. Pada 28 Jun 2021, beliau telah menyertai perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menjawat jawatan sebagai Juruterbang Helikopter Skuadron 501 di KD Rajawali, Pangkalan TLDM Lumut.

Daripada satu tragedi, lahir satu perspektif baharu, untuk lebih menghargai setiap detik dan menjalani hidup dengan penuh kesyukuran.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |