Keselamatan kanak-kanak di alam digital kini semakin menjadi perhatian, dan Tune Talk tampil dengan penyelesaian baharu menerusi pelancaran Epik+ Family Safe, pelan mudah alih keluarga pertama di Malaysia yang menawarkan kawalan ibu bapa terus di peringkat rangkaian.
Tidak lagi bergantung kepada tetapan rumit di aplikasi atau peranti, ibu bapa kini hanya perlu satu sentuhan untuk mengaktifkan kawalan keselamatan. Mereka boleh memilih tiga tahap perlindungan iaitu rendah, sederhana atau tinggi bagi menyekat akses kepada kandungan tidak sesuai mengikut umur anak.
Pelan ini dibangunkan menggunakan rangkaian cloud-native Tune Talk dengan kerjasama Nokia, sekali gus membolehkan kawalan keselamatan dikuatkuasakan terus melalui rangkaian mudah alih tanpa memerlukan aplikasi tambahan atau perisian pihak ketiga.
Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, syarikat telekomunikasi bukan lagi sekadar menyediakan data dan sambungan internet, malah perlu memainkan peranan dalam membantu ibu bapa melindungi anak-anak ketika melayari dunia digital.
Malah, tinjauan yang dijalankan Tune Talk mendapati hampir 48.1 peratus ibu bapa di Malaysia bimbang anak mereka terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai, manakala lebih tiga daripada lima ibu bapa mengakui kurang yakin mengawal tabiat penggunaan internet anak-anak.
Pada harga RM80 sebulan, Epik+ Family Safe hadir dengan satu talian untuk ibu bapa dan satu talian untuk anak, 700GB data berkelajuan tinggi tanpa had FUP, kawalan ibu bapa di peringkat rangkaian serta perlindungan insurans kemalangan diri sehingga RM500,000.
Pelan ini kini boleh dilanggan menerusi aplikasi Tune Talk, laman web rasmi Tune Talk serta kedai Tune Talk terpilih di seluruh negara.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

15 hours ago
6





![[VIDEO] Agama Aryan Khan Jadi Teka-Teki Netizen India, Ini Jawapan Gauri Khan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-1-2.webp)




























![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)











![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



