“Teman Lelaki Saya Melihat Mangsa Ditembak…” – Vanessa Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Di Pusat Beli Belah

1 month ago 55

Kecoh di media sosial apabila dilaporkan seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah di lembah klang.

Seorang Cedera

Dikatakan individu tersebut bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dan polis kini sedang berusaha menjejaki individu berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Menurut Astro Awani, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa seorang lelaki cedera di kaki akibat tembakan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Polis kini sedang berusaha menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Vannesa Kongsi Detik Cemas

via Instagram Vannesa Reynauld

Antara yang turut ada ketika kejadian tersebut adalah penyanyi Vannesa Reynauld. Vanessa turut berkongsi pengalaman cemas ketika berdepan dengan insiden tembakan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam tersebut.

Di Instagram Story miliknya, Vanessa memberitahu, kejadian itu berlaku bersebelahan kedai yang sedang dia kunjungi pada ketika itu.

Menurutnya, teman lelakinya melihat seorang mangsa terkena tembakan di bahagian kaki, dan selepas itu mereka mendengar enam das tembakan dalam masa kira-kira 20 minit.

Atas kejadian tersebut, Vanessa dan teman lelakinya segera lari ke kedai lain untuk mencari perlindungan.

Setelah keadaan kembali selamat, mereka dibenarkan pulang.

Vanessa turut meluahkan rasa syukur kerana telah selamat tiba di rumah dan berterima kasih kepada semua yang memberi perhatian.

Dia juga mendoakan yang terbaik kepada semua pihak yang terkesan dengan insiden tersebut.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |