Ameera Khan Disoal Adakah Pernah Tidur Dengan Jefri Nichol, Ini Responnya!

8 hours ago 8

Pempengaruh media sosial dan adik kepada pelakon, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan tampil bersuara selepas mendapat soalan ‘panas’ ketika berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.

Disoal Adakah Pernah Tidur Dengan Jefri?

Dalam persoalan itu, ada yang bertanyakan adakah Ameera pernah tidur bersama kekasihnya, Jefri Nichol yang merupakan aktor terkenal Indonesia.

“Dah Sleep dengan J? (Jefri Nichol). “-soal salah seorang netizen di Instagram

“Jangan La Tanya Soalan Macam Budak Yang Takde Otak…”

Tidak berdiam diri, Ameera kemudian membalas soalan netizen tersebut dengan menyatakan bahawa mereka berdua sentiasa ‘sleep call’ selain menitipkan pesanan buat netizen tersebut untuk tidak bertanyakan soalan yang tidak berfaedah.

“Sleep call setiap malam, tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus.

Kak, kak dah tua jangan la tanya soalan macam budak yang takde otak okay?.”-bidas Ameera di Instagram

Nama Ameera sebelum ini mencetuskan pelbagai kritikan netizen selepas berkongsi foto Jefri Nichol sedang mencium kakinya di meja makan ketika menjamu selera di sebuah restoran makanan Jepun.

Malah ada yang sempat memberi spekulasi bahawa mereka berdua telah berkahwin sehingga menyebabkan mereka berdua berani untuk berpelukan biarpun di hadapan ahli keluarga Ameera.

Namun begitu, Ameera tidak memberikan sebarang respon terhadap  kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |