[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyanyi Sebelum Angkat Panggilan Suami, Curi Perhatian Ramai!

10 hours ago 9

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Bestnya Dapat Boss Macam Ni, Dah Lah Sporting, Biduanita Lagi Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 463 ribu, tanda suka sebanyak 9,031 dan sebanyak 72 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sempat menyanyi sebelum mengangkat panggilan dari suaminya itu.

@rosmadiothman

Boleh ikut lagu sebelum angkat call suami… #sitinurhaliza #fypp #trend #xyzbca #viralvideo #foryoupage❤️❤️ #tiktok #masukberanda #trending

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti sememangnya seorang yang menghiburkan ramai. Tambah mereka lagi, sangat seronok jika mempunyai boss seperti Tokti kerana tidak akan stress bila bekerja.

Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |