[VIDEO] Gelagat Sultan Pahang Rakam Tunku Azizah Lap Kerusi Kereta, Curi Perhatian Ramai!

11 hours ago 9

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

“Suka Tengok Couple Diraja Paling Cute Ni Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kesultanan.pahang yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 48 ribu dan sebanyak 1,275 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang sedang lap tempat duduk keretanya kerana tertumpah minuman.

@kesultanan.pahang

CONTOHILAH TENGKU AMPUAN PAHANG… Demikian titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah secara berseloroh ketika melihat KDPB Tengku Ampuan Pahang membersihkan sendiri tumpahan air cendol ketika melalui Daerah Maran sempena Kembara Pahang 1.0 yang bermula hari ini 21 April sehingga 23 April 2025. – KESULTANAN PAHANG #fyp #kesultananpahang #tengkuampuanpahang #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Kesultanan Pahang – Kesultanan Pahang

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Sultan Pahang sangat sempoi kerana menyuruh Tunku Azizah sendiri yang lap tempat duduk tersebut.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |