Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan menjelang sebuah konsert yang dijadual berlangsung pada Jumaat.
Serangan Secara Terbuka
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Shila turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan beliau sedang membuat persembahan bersama penari iringan ketika insiden itu berlaku.
Dalam hantaran tersebut, Shila meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan artis berkenaan.
Agak menakutkan bagaimana seseorang yang dipanggil legenda boleh menyerang saya secara terbuka di hadapan orang ramai.
Nasib baik awak sudah berumur.
Shila mendakwa insiden itu telah menjejaskan emosi dan keselamatannya, selain mencetuskan rasa cemas (anxiety) yang memberi kesan kepada persiapan konsertnya.
Ambil Tindakan Undang-Undang

Beliau tidak menamakan individu terbabit, namun menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan mengejutkan.
Sementara itu, pembantu peribadi Shila turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berkenaan.
Menurutnya, tindakan artis legenda itu berlaku di lokasi umum dan disifatkan sebagai tidak profesional, tanpa mengambil kira maruah dan reputasi Shila sebagai seorang artis.
Tindakan undang-undang juga telah diambil untuk melindungi keselamatan dan kebajikan Shila selepas kejadian itu.
Beri Gambaran Penyanyi Legenda

Terbaru, satu hantaran di TikTok Shila selepas konsert berlangsung seolah-olah telah memberi jawapan siapakah individu yang dimaksudkan tersebut.
So happy to see My beloved Sisters @Jaclyn Victor and @Ella Aminuddin ! Sorry tak dapat sembang lama tadi.
Tak sempat nak ambil gambar dgn abang Awie tadi !
See you again ! Great show today!
Dalam hantaran tersebut, Shila telah menyatakan bahawa beliau sangat gembira apabila dapat bertemu dengan nama-nama legenda ketika konsert tersebut dan antara nama yang Shila nyatakan adalah Jaclyn Victor, Ella Aminuddin dan juga Awie.
Diruangan komen, ramai yang membuat spekulasi dan seolah-olah telah tahu siapakah artis legenda yang dikatakan menyerang Shila sebelum ini.