Pelakon, Sharifah Amani meluahkan rasa rindu terhadap pemergian pengarah terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang telah pergi mengadap Illahi sejak 16 tahun yang lalu.
Sharifah Amani menerusi hantaran di Instagram, yang turut memuatnaik foto lama mereka berdua selain menceritakan bahawa dia sering bermimpi mengenai arwah sejak anak lelakinya, Mohsein dilahirkan.
“Begitu pantas masa berlalu, tiba-tiba sudah 16 tahun tanpa awak. Kadang-kadang tarikh penting pun lupa tapi awak tidak akan pernah dilupakan insyaAllah ✨.
Mohsein dah satu tahun dah. Sejak dia dilahirkan, saya sering bermimpi mengenai awak. Awak tak pernah melawat ke mimpi saya sebelum ini,
tapi wujud je Mohsein kejap-kejap you kunjung mimpi. Nak jumpa cucu lah tu ❤️. Saya bangun dan sebelum saya terlupa, saya menulis mengenai mimpi itu. Mungkin suatu hari nanti saya boleh kongsikan dengan dia.”-kongsi Amani di Instagram
“Dia Adalah Legenda..”
 Kredit gambar: @Lighthouse Pictures
Kredit gambar: @Lighthouse PicturesMenjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat arwah, malah ramai yang meluahkan rasa rindu dengan hasil karya beliau meliputi beberapa filem dan iklan terkenal seperti filem Sepet, Gubra, serta iklan-iklan kemerdekaan yang menyentuh hati.
“Okay nak nangis jap. She was a beautiful soul.”
“Al-Fatihah..”
“It always amazes me how you describe arwah. Feels like i’ve known her like you do too.”
“Dia adalah legenda dan saya masih ingat ketika awak memperkenalkan saya kepada dia.
“Dia benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Saya kenal arwah hanya melalui karyanya, terasa sangat dekat dengannya. Mukhsin merupakan pengalaman pertama saya kenal beliau. Saya percaya setiap filemnya mempunyai impak untuk membentuk siapa diri saya hari ini dan bagaimana saya melihat dunia dari pandangannya.”
“We all miss her a lot. Rest in love. Hugs.”
Sekadar info, Allahyarhamah Yasmin Ahmad meninggal pada 26 Julai 2009 di Hospital Pakar Damansara akibat pendarahan teruk di bahagian otak.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah…

 3 months ago
                                220
                        3 months ago
                                220
                    







![[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-“Comelnya Baby Bump..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7f1d74f3-402e-45d6-a5bd-f30baf034804.jpg)



![[VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2086.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Eidress Puji Anzalna Cantik, Buatkan Netizen Teruja-“Anak Dia Greenflag”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Cara Johan Ajar Anak Mengaji Raih Pujian Netizen-“Kalau Macam Ni Mesti Terus Ingat”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-5.jpg)

















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
