Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab hiburan utama negara dengan memperkenalkan dua program terbaharu untuk tahun 2025 – rancangan realiti The Chosen One XTRA dan drama komedi Jutawan Ekspres.
Sesuai Untuk Tontonan Seisi Keluarga
via AstroKedua-dua program ini merupakan sebahagian daripada pembukaan siri jelajah Home of Kids dan menyasarkan tontonan seisi keluarga.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, program ini membawa hiburan berkualiti yang sarat dengan nilai murni, sambil menampilkan gabungan selebriti popular dan bakat baharu.
Drama Komedi Jutawan Ekspress
via AstroJutawan Ekspres ialah sebuah drama komedi mengisahkan keluarga miskin yang tiba-tiba menjadi jutawan.
Kekayaan mereka mengundang pelbagai cabaran, termasuk saudara dan jiran yang ingin menumpang senang.
Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, serta bintang muda Qistina Khaled, Kim Azzim dan Puteri Rafasya.
Ia diarahkan oleh Wan Hasliza dan akan bersiaran mulai 21 Julai 2025, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611).
The Chosen One XTRA Dengan Format Baharu
via AstroSementara itu, The Chosen One XTRA kembali dengan format diperluas, menampilkan bukan sahaja bakat nyanyian, malah juga tarian, akrobatik dan permainan alat muzik.
Seramai tujuh selebriti bertindak sebagai jurulatih (coach) kepada peserta cilik berusia 7 hingga 17 tahun.
Antara selebriti terlibat ialah Namie, Usop, Bunga, Achey, Naqiu, Nikki Palikat serta duo Tuju & Loca B.
Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama anaknya Nayla Mikayla, manakala Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah bertindak sebagai juri tetap.
Juara The Chosen One XTRA bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta trofi, manakala tempat kedua hingga keempat akan menerima antara RM10,000 hingga RM30,000.
Anugerah Coach Terbaik dan Persembahan Terbaik turut dipertandingkan dengan hadiah masing-masing RM10,000, ditentukan menerusi undian awam di laman rasmi The Chosen One.
Kedua-dua program ini boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Jangan lepaskan peluang menikmati hiburan mesra keluarga yang sarat pengajaran dan menghiburkan ini!

3 months ago
225















![[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2216.jpeg)
![[VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-“Guna Air Panas Basuh…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2213.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Qadejah Curi Rakam Ammar Ahyan Nyanyi Lagu Misha Omar](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2212.jpeg)













![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
